Utusan Borneo (Sabah)

pergolakan Perdamaian dalam

Pertemuan dengan Dr Pechdau Tohmeena di KK

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

P

ERGOLAKAN di selatan Thailand menyebabka­n kehilangan banyak nyawa dan penderitaa­n fizikal juga mengganggu psikologi kesejahter­aan penduduk yang tinggal di sana, kata Dr Pechdau Tohmeena atau Zoraida Haji Zainal Abidin.

Kesannya amat berat terutama bagi mangsa yang terselamat, keluarga mereka dan keluarga orang yang terbunuh dan individu-individu yang menyaksika­n tindakan ganas yang dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku.

Perasaan ketakutan dan ngeri yang berpanjang­an dapat mengurangk­an daya pengeluara­n kerja harian rakyat dan kualiti kehidupan. Wanita yang suaminya terbunuh atau hilang adalah yang paling banyak terjejas. Terutama bagi mereka yang tiba-tiba terpaksa menyediaka­n peruntukan bagi keluarga mereka.

Terdapat kira-kira 3,000 balu ketika keganasan di Selatan Thailand, kebanyakan mereka bergelut dengan trauma psikologi, kata Dr Pechdau ketika kami bertemu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu sebelum beliau berangkat pulang ke Bangkok.

Beliau berada di Sabah untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Muhibbah Kesihatan Sempadan MalaysiaTh­ailand kali ke-30 yang diadakan di ibu negeri.

“Mereka yang selamat dari letupan dan serangan lain yang telah hilang keupayaan mereka untuk bekerja terpaksa bergelut dengan kemurungan, walaupun mereka kadangkada­ng tidak sedar bahawa mereka mengalami penyakit kesihatan mental yang boleh dirawat,” katanya kepada wartawan Utusan Borneo sambil menyerahka­n beberapa buku berkaitan Perdamaian Dalam Pergolakan Kes Sempadan Selatan.

Dr Pechdau bercakap mengenai Pengurusan Tekanan Mental Trauma yang Teruk di Selatan Thai.

Kanak-kanak berada di dalam keadaan yang lebih tidak menentu. Kadang-kadang sebagai saksi insiden, reaksi mereka berterusan lama selepas kejadian, selalunya tidak ada yang menyedari mereka mengalami trauma psikologi. Gejala yang nyata seperti mimpi buruk, menjerit pada waktu malam, kronik penyakit gila kerana ketakutan, tingkah laku agresif yang berulangul­ang, enggan meninggalk­an ibu mereka atau pergi ke sekolah.

Dr Pechdau Tohmeena adalah Pengarah Pusat Kesihatan Mental di Cawangan Wilayah Selatan Thailand. Beliau menjadi penasihat dan pensyarah jemputan di Fakulti Perubatan di Princess Narathiwat Rachanakar­in University Wilayah Narathiwat. Beliau juga adalah penasihat kepada Majlis Sivil Kemasyarak­atan Selatan Thailand. Sebelum ini beliau berkhidmat di dalam Majlis Jawatankua­sa Perdamaian Negara.

Dr Pechdau menerima ijazah perubatan dari University Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Thammasart, Bangkok dan juga Sijil Lanjutan Promosi Aman Society dari Institusi King Prajadhipo­k dan Kursus Mediasi Keamanan dari Swisspeace di Bern, Switzerlan­d.

Sebelum berlepas pulang ke Bangkok, beliau sempat bertemu dengan Akiah Haji Barabag, seorang pencinta sejarah, budaya dan masyarkat Melayu di Nusantara.

“Mereka yang selamat dari letupan dan serangan lain yang telah hilang keupayaan mereka untuk bekerja terpaksa bergelut dengan kemurungan, walaupun mereka kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mengalami penyakit kesihatan mental yang boleh dirawat.

 ??  ?? DR Pechdau bersama penulis dalam pertemuan itu.
DR Pechdau bersama penulis dalam pertemuan itu.
 ??  ?? DR Pechdau Tohmeena bersama beberapa buku yang mengandung­i tulisannya.
DR Pechdau Tohmeena bersama beberapa buku yang mengandung­i tulisannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia