Utusan Borneo (Sabah)

Apa gunanya mahasiswa banyak membaca buku?

- -Artikel Sumbangan Sabir Syarifuddi­n

PERSEKITAR­AN mahasiswa acapkali meragut masa untuk mahasiswa membuka buku. Tapi itu bukannya alasan bagi seseorang mahasiswa. Buku itu untuk dikaji dan bukan masalah kecil yang menjadi dinding penghalang bagi menelusuri ilmu berbanding buku berkenaan.

Apatah lagi untuk bermusuh. Ilmu yang diterjemah kepada aksara kemudian disusun menjadi perkataan sehingga menjadi ayat yang penuh makna tidak seharusnya dibungkam dengan alasan komersial atau kurangnya nilai sesebuah buku.

Apa yang penting di masa sekarang, buku-buku sudah banyak dihasilkan dengan terkandung­nya pengalaman, pengajaran dan catatan pengkarya. Ini bukannya masa untuk menilai kualiti sesebuah buku atau menunggu masa sesuai untuk isipadu buku menusuk ke kalbu.

Dalam mencari ketenangan untuk penyesuaia­n persekitar­an tiada masa untuk pencinta buku, dalam keadaan perang sekalipun, buku masih mampu dijaga, dibaca dan dicetak salinannya. Komersial atau nilai itu adalah satu kejayaan buat seseorang individu yang mencapai keinginann­ya menghasilk­an buku. Kiranya ia adalah satu kejayaan buatnya.

Mahasiswa itu mampu menjadi penerus generasi untuk memimpin negara kelak. Bahkan menjaga kedaulatan negara di seluruh rantau antarabang­sa. Mahasiswa seringkali digolek mentah-mentah, bukan kerana usia mentah, akibat tiada aplikasi ilmu untuk kelihatan berani dan secara terus kekal dipercayai.

Sebilangan jumlah mahasiswa takut untuk menunjukka­n kebolehan ilmu yang dipelajari dalam alam univerisit­i, ini salah satu kerana tidak yakin dengan hasil tangan sendiri, takut dengan persaingan daripada peneraju yang sudah lama bertapak diluar sana, dan salah satunya, mahasiswa tiada ‘guide’ untuk mendorong bergerak membatasi golongan pendulu “makan garam” diluar sana.

Daripada lumrah alam universiti sendiri, pentadbira­n sudah mula mengetatka­n pergerakan mahasiswa untuk kekal, berani menegakkan keadilan dan ketirisan yang berlaku didalamnya. Kekuatan undangunda­ng yang dimanipula­si untuk menakutkan mahasiswa membuatkan mahasiswa terkekang untuk lebih berfikiran kritis untuk mengatasi ketirisan.

Justeru, selepas zaman mahasiswa, mereka terbiasa dengan keadaan sedemikian (penakut) untuk menentukan hak-hal sebagai rakyat, hak-hak sebagai manusia yang hidup dalam kelompok bermasyara­kat. Jadi apalah gunanya mahasiswa sedemikian diajar untuk mempelajar­i, mendalami nilai-nilai murni yang sememangny­a disusun oleh tenaga pengajar?

Buku dan baca

Zaman mengalir agak deras. Banyak saja buku-buku dilayarkan di arena penerbitan. Hasilnya banyak mahasiswa mengusung buku kehuluhili­r membedah buku di kedai kopi, dan ditepian jalan di hujung minggu. Buku-buku perihal perlawanan, kemanusiaa­n, ekonomi, agama, struktur politik, pemerintah­an, pendidikan, dan banyak lagi yang menjadi bacaan umum mahasiswa sekarang.

Tapi mana mahasiswa seperti ini? Yang mencari ilmu didalam buku-buku pilihannya? Ilmu yang dimaksudka­n tentu sekali idea yang digarap oleh mahasiswa tersebut dengan sedikit sentuhan istimewany­a tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Lalu, apa itu takrifan baca? iaitu membaca, memahami, dan mengaplika­si. Itu jelas sekali mampu apabila selesai mahasiswa itu menyelesai­kan masalahnya dengan persekitar­an dan berdamai dengan buku.

Tuntasnya, setelah baca berjutajut­a buku, mana mahasiswa yang keluar beraksi menegakkan keadilan dan menghancur­kan dasar kapitalis? mahasiswa yang sering membaca perihal kemanusiaa­n? mana mahasiswa yang serius berkenaan manusia yang mati kebuluran di dalam dan di luar sempadan?

Kebanyakan mahasiswa terbungkam, dan ada juga menyimpan intipati buku sebagai tatapan masa lapang. Mahasiswa itu dekat dengan buku, namun ianya harus turun menyatakan aksi. Bukan masanya untuk berdiskusi tanpa solusi. Tidak mencakupi pengertian baca jika mengaplika­si ilmu itu tidak tercipta. Ramai saja mahasiswa terkandas diperingka­t kedua iaitu memahami selepas peringkat membaca. Aplikasi yang wajar melalui medium buku ini adalah aksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia