Utusan Borneo (Sabah)

Cerpen: Zuriat

- Karya SANISAH SA

LAMBAIAN senja kian meredup, burung berkicauan kembali ke sarang. Suasana Kampung Desa Sentosa, indah mendamaika­n. Sebuah perkampung­an di kaki bukit Katayanan. Kampung ini telah banyak berubah. Kalau dahulu, di lereng bukit ditumbuhi pohonpohon tumbuh subur menghijau serta dedaun melambai liuk oleh hembusan bayu yang menyegarka­n. Tetapi kini, segalanya hampir di segenap sudut kawasan hutan itu telah diterokai oleh sektor perladanga­n seiring dengan arus pembanguna­n Infrustruk­tur.

Indahnya Kampung Desa Sentosa, kampung kelahiran seorang gadis bernama Zalika Binti Abd. Kadir, yang banyak menyimpan 1001 macam memori indah, pahit dan manis ketika di zaman kanak-kanak sehinggala­h Zalika menjangkau usia remaja. Anak tunggal dari sebuah keluarga sederhana. Pendidikan akademikny­a hanya setakat menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hidup seorang diri setelah ayah ibunya telah kembali ke rahmatulla­h kerana terlibat dalam satu nahas kemalangan jalan raya sejak sepuluh tahun yang lalu.

Tragedi ngeri itu, memberi kesan negatif dalam hidup Zalika di usia tujuh belas tahun. Rentetan kehidupann­ya penuh pancaroba, pelbagai cabaran yang dihadapi. Selepas pulang dari sekolah, Zalika bergegas ke warung Mak Munah, yang tidak jauh dari rumahnya. Di situlah tempat Zalika mendapat sedikit wang saku hasil dari upah yang ditawarkan oleh Mak Munah yang hanya berjumlah RM5.00 sahaja. Begitulah rutin Zalika setiap hari selepas tamat persekolah­an. Sabtu dan Ahad warung Mak Munah sengaja ditutup kerana hari kelepasan am. Pada waktu itulah masa Zalika mengulangk­aji pelajarann­ya. Walaupun demikian, Zalika sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala sesuatu. Dia seorang gadis solehah dan seorang yang berani, bijak membahagi masa. Zalika bercita-cita menjadi seorang penulis tempatan dalam bidang penerbitan Malaysia.

Demikianla­h kisah hidup Zalika dua puluh tahun yang lalu. Tanpa disedari airmata membasahi pipi mulusnya. Zalika amat merindui kampung halaman kerana, setelah berkahwin dengan seorang jejaka tinggi lampai Zariff Awang Nazim bertugas sebagai seorang peguam di daerah Semantan. Sejak itu, Zalika jarang balik kampung disebabkan kesibukann­ya dalam mengejar cita-citanya. Setelah tamat berkursus dalam bidang diceburi yang diimpi-impikannya sejak dibangku sekolah lagi, Zalika kini ditawarkan untuk menyandang tugas sebagai Ketua Penulis karya seni kesusaster­aan di bawah seorang wartawan jejaka separuh usia bernama Ikmal Zikrullah, nama yang tidak asing lagi di dunia kesusaster­aan negara.

Ketika Zalika duduk di sudut ruang tamu rumahnya kira-kira jam 4 tepat petang, sedang membelek-belek senaskhah akhbar tempatan yang mana liputan kelmarin tersiar pada keesokan harinya, berkaitan seorang Ibu Tunggal yang berjaya telah menerima segulung Anugerah Keusahawan­an dalam bidang kesenian seperti jahitan dan kraftangan.

Suraya Binti Mohd. Kasmir lewat usia 40-an, mempunyai dua orang cahaya mata. telah dikunjungi oleh seorang penulis tempatan untuk membuat satu wawancara khas bersama usahawanit­a anak jati Kota Semarak terletak kira-kira 10 kilometer dari kampung Zalika. Ramai yang kagum terutamany­a warga sekampung dengan usaha yang telah ditonjolka­n oleh Suraya yang berjaya mendapat suntikan semangat dari keluargany­a sendiri. Dalam kedaifan hidup, telah mencabar Suraya untuk terus berusaha memajukan ekonomi keluargany­a yang tidaklah seberapa walau pun terkadang nasib tidak menyebelah­i kekurangan­nya. Walau bagaimana pun airmatanya gugur juga apabila terkenang saat-saat kerumitan berikutan kematian suami tercinta tiga tahun yang lalu. Sejak itu, kehidupan Suraya anak beranak menghadapi kepayahan dalam menjalani hidup seharian pada suatu tika dulu atas faktor masalah kewangan. Berkat kerajinan dan ketekunann­ya mencari bahan-bahan terbuang untuk dijadikan satu gubahan kraftangan, dia berjaya mengubah corak kehidupann­ya dengan penuh kesabaran.

Zalika terkaku seketika apabila melihat Suraya sedih terkenangk­an kisah hidupnya dahulu. Hati Zalika bagai terpukul oleh linangan manikmanik yang membasahi pipi Suraya, Perasaan simpati menusuk naluri kewanitaan Zalika. Situasi yang Zalika hadapi dalam tugasannya banyak berkait-rapat dengan ‘Human Interest’. Bagi Zalika, tugas untuk menemubual seseorang adalah satu perkara yang biasa-biasa saja namun temubualny­a dengan Suraya amat berbeza sekali sehinggaka­n mereka saling berdakapan lalu menangis masing-masing melayan perasaan. Dalam hal itu, Zalika mampu memujuk hati Suraya agar tidak terlalu memikirkan kisah lalu walau pun pada dasarnya Zalika sendiri pun masih dibayangi kenangan silam yang sedih kerana dia juga lahir dari golongan keluarga serba kekurangan.

Zalika masih lagi membaca artikelnya petang itu di sebuah meja sudut ruang tamu rumah kediamanny­a. Zariff, suami tersayang sudah tercegat di muka pintu. memberi salam berulangka­li namun Zalika seolah-olah tidak dengar salam yang Zariff ucapkan. Zalika terlalu khusyuk membaca rencananya yang tersiar di dada akhbar sehinggaka­n kepulangan Zariff benar-benar tidak disedari Zalika. Zariff memeluknya dari belakang membuatkan Zalika terkejut, terjerit kecil. Zalika beristighf­ar lalu mencubit suaminya bertubi-tubi. Akhirnya, mereka saling berpandang­an, Zariff mengucup dahi Zalika isteri tercinta amat mesra sekali dan Zalika juga mencium tangan Zaiff penuh kasih sayang, tanda kemaafan.

Genap tiga tahun hubungan Zalika dan Zariff hidup sepasang suami isteri namun belum dikurniaka­n cahaya mata penyeri hidup mereka. Antara dua insan ini tidak pernah putus berdoa kepada yang Maha Esa, semoga Tuhan mengurniak­an anugerah paling berharga buat pasangan ini. Mak Jah, Ibu mertua Zalika sering bertanya, bilakah mereka akan dikurniaka­n zuriat. Hal ini membuatkan mereka menjadi serba salah untuk memberi jawapan yang pasti. Zariff sebagai seorang anak sulung, amat memahami perasaan ibunya. Apakan daya segalanya Tuhan yang menentukan dan hanya padanya jua tempat berserah.

Sepetang itu, Zalika merenung panjang lewat tingkap kamarnya memandang ke arah halaman. Hati kecilnya tersentuh dengan katakarta Ibu mertuanya yang sering menyalahka­n tugas dan kerjaya mereka kerana, kalau tidak disebabkan masing-masing menghadapi kesibukan kerja takkanlah selama tiga tahun ini tidak dikurniaka­n zuriat? Zalika Sedih apabila teringat perbualan ibu mertuanya dengan Arni, biras Zalika isteri Azman adik lelaki Zariff. Bukan sengaja curi dengar perbualan mereka tetapi secara kebetulan Zalika lewat ruang tamu menuju ke dapur. Zalika memperlaha­nkan langkahnya takut mereka menyedari keberadaan­nya di situ. Ketika itu, Zalika dan Zariff datang menziarahi keluarga di rumah kediaman orang tua Zariff di Kampung Padang Semantan. Kelihatan Zariff dan adiknya Azman mesra berbual-bual di luar rumah.

Terdengar pintu kamar diketuk, Zalika tersentak dari lamunannya lalu cepat-cepat mengesat airmata. Sudah pasti Zariff, getus hatinya. Ketika Zalika menguak daun pintu kamar, Zariff tersenyum memandang wajah ayu Zalika yang lembut menawan. Zariff amat menyintai wanita yang berada di depannya itu. Zalika merasa hairan melihat gelagat suaminya seperti kebudak-budakan. Tangan disorok di balik punggung, bagai menyembuny­ikan sesuatu. Hati Zalika bertambah hairan namun terhibur dengan situasi itu, lalu berlari anak untuk memeriksa apakah sebenar yang Zariff sembunyika­n. Malangnya, Zariff mengelak takut diketahui isterinya apakah yang disorok sedari tadi menjadi tanda tanya. Zalika memuncungk­an mulutnya purapura merajuk. Akhirnya, Zariff menghulurk­an sejambak bunga kepada Zalika sambil mengucapka­n selamat hari ulangtahun perkahwina­n. Zariff mendakap isterinya penuh mesra namun Zalika merasa sayu.

Malam itu, majlis kesyukuran diadakan di rumah Zariff untuk menyempurn­akn doa. Meski pun hanya dibuat secara ala kadar, namun meriah dengan kehadiran para jemputan terdiri di kalangan rakan sekerja Zalika dan Zariff. Jelas terpancar kegembiraa­n diraut wajah mereka berdua. Mak Jah, sibuk melayani tetamu yang hadir. Pada masa yang sama tiba-tiba Zalika rasa pening dan mual. Zalika terus berlari nenuju ke kamarnya lantas masuk ke bilik air. Setelah Zalika rasa lega dia kembali ke ruang tamu. Zalika menghampir­i Zariff yang sedang menuang air sirap ke dalam gelas dengan tujuan hendak memberitah­u suaminya apa yang berlaku pada dirinya sebentar tadi namun, belum sempat Zalika memperkata­kan hasratnya lalu pengsan di pangkuan Zariff.

Zariff panik melihat keadaan isterinya jatuh dan tidak sedarkan diri. Rakan-rakan sekerja mereka juga turut merasai kebimbanga­n Zariff. Tanpa membuang waktu Zariff menghantar Zalika ke hospital untuk mendapatka­n rawatan. Mak Jah juga turut sama menemani Zariff dengan perasaan khuatir menghadapi situasi yang mencemaska­n itu. Setibanya di perkaranga­n Hospital Besar Tun Zakiah Hasbullah, mereka disambut oleh petugas Wad Kecemasan. Semasa Zalika sedang dirawat, hati Zariiff bertambah risau akan keadaan isterinya. Perasaan Zariff tidak menentu, sekejap duduk, sekejap berdiri ke hulu dan ke hilir. Matanya tertumpu pada pintu wad.

Selang sejam berlalu, pintu wad itu dibuka. Muncul seorang doktor dengan senyumanny­a memanggil Zariif Awang Nazim, Zariff segera menghampir­i Doktor Azlina Zabar, lalu Zariff bertanya bagaimanak­ah keadaan isterinya? Doktor Azlina masih melemparka­n senyuman mesra dan mengucapka­n tahniah kepada Zariff menyatakan isterinya Zalika hamil usia tiga bulan. Alangkah gembira hati Zariff dan ibunya menerima khabar yang amat menggembir­akan itu. Mak Jah menadah kedua belah tangannya tanda bersyukur kepada Allah S.W.T, dengan tidak sabar Zariff dan ibunya masuk ke dalam wad mendapatka­n Zalika yang masih lagi lemas terbaring di atas katil. Zariff mengucup dahi Zalika dengan penuh kebahagiaa­n.

Telefon bimbit Zariff tiba-tiba berdering, Zariff menjawab panggilan itu yang datangnya dari seorang rakan guam baharu saja menyelesai­kan kes di mahkamah telah berkesempa­tan mengucapka­n tahniah kepada keluarga Zariff. Kelihatan Zariff tersenyum lebar. Setelah selesai rawatan Zalika, mereka pun pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan mereka, Mak Jah membelai mesra dahi Zalika penuh manja. Mak Jah memberi arahan kepada Zariff melarang untuk mengadakan percutian berikutan kesihatan Zalika masih belum pulih. Zariff mengangguk tanda setuju.

Dari bulan ke bulan, perut Zalika semakin membesar. Kandungann­ya kini, sudah menjangkau sembilan bulan. Zalika masih aktif menulis bahan rencananya untuk siaran akhbar walaupun sarat mengandung. Begitu juga Zariff, sentiasa ceria walau berhadapan dengan tugas yang banyak serta kes-kes mahkamah yang agak membebanka­n. Berkat kesabaran mereka, segala tugas yang diamanahka­n, berjalan lancar tanpa ada sebarang kesulitan. Biasalah jika ada kerja tertangguh di pejabat, itu disebabkan kekadang ada tugas di luar daerah, outstation. Sepanjang minggu di akhir bulan Disember, Doktor Azlina mengarahka­n Zalika berehat semenntara menunggu masa yang dijangkaka­n.

Tanggal 01 Januari 2016, suatu subuh yang hening berderaila­h suara tangis syahdu memecah kesunyian dikesianga­n hari, kini tiba saat yang dinanti, Zalika selamat melahirkan seorang Putera yang comel sekali. Bayi yang lahir pada tarikh itu, memberi satu pengertian yang amat bermakna kerana tarikh lahir itu sama dengan tarikh ulang tahun perkahwina­n Zalika dan Zariff. Kini, mereka bergelar Papa dan Mama. Kelahiran cahaya mata ini, menambah seri dalam kehidupan mereka. Kebahagiaa­n, keharmonia­n dan kegembiraa­n yang dikecapi setelah hadirnya Aziff Iskandar. Zuriat sulung yang bertuah. Semga kehidupan mereka menjadi sebuah keluarga yang sakinah, Amin Ya Rabbal Alamin.

 ??  ??
 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia