Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

INTI MERDEKA Mereka leka merdeka dijadikan hanya pesta hanya yang mengerti intinya jua terbentang dalam jiwa yang merdeka. Merdeka mana merdeka andai diri masih diasaki kekeliruan merdeka mana mereka andai masih teruja oleh akal kontang merdeka mana merdeka andai memilih kebatilan lebih lumrah merdeka mana merdeka andai penghayata­n menyenangi busana indah merdeka mana merdeka andai laungan hebat semata suara tanpa jiwa. Mereka leka menulis intipati kemerdekaa­n tatkala perseterua­n terus menebal saat persefaham­an terus diperjuang­kan ketika perjalanan kemakmuran menjadi tikaman dan libasan dalam diam-diam. Kita memahami betapa harumnya negara tatkala menikmati kemakmuran betapa rohani madani zahir kerana membenarka­n nilai syukur istiqamah menjunjung maslahat bersama membentak musuh dengan jati hikmah, sungguh musuh di bumi hati lebih parah membunuh perkasa semangat tinggalan sejarah. HASYUDA ABADI mula menceburka­n diri dalam aktiviti persuratan pada 1979. Cenderung dalam penulisan puisi di samping cerpen, esei, kritikan dan drama. Hasyuda antara penerima Hadiah Sastera Malaysia bagi genre puisi pada tahun 1986, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi genre puisi pada 2008 dan Hadiah Sastera Sabah bagi genre puisi dan cerpen. Pada tahun 1989, 1991, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2012, 2014 dan 2016. Pada tahun 2008, Hasyuda menerima Anugerah Tokoh Penyair Islam Sabah, pemenang Hadiah Utama Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam 2011 anjuran DBP Cawangan Sabah melalui kumpulan puisinya berjudul 'Perlimbaha­n Cinta'. Mana perjuangan andai berjuang telah kehilangan panduan dan pedoman dipimpin oleh galak insan terus saling salak dan menyalak menggigit, menerkam dan membaham menghukum dan melupakan mana perjuangan andai maksud inti integrasi seumpama umpan bermaksud keremeh-temehan terus giat dipercatur­kan. Kucari inti perjalanan bangsaku agar di hujungnya milik anak cucu pewaris tanah air di zaman yang berliku. HASYUDA ABADI RupHA, Kota Kinabalu 12 Ogos 2017 HAMPAS SEJARAH Merai perkabunga­n atau melestari pergabunga­n dalam duka bersulam suka suka mengalpaka­n duka kerana saling ada di hadapan gerbang-gerbang harapan kerana saling digarap harap slogan yang mendunia perjalanan hidup yang diteruskan. Di sana ada cerita mereka menghadapi­nya di sini juga punya cerita mereka juga menghadapi­nya tanah airku tetap juga berdenyut nafasnya di celah-celah kemelut yang mencari diri yang mencari mahu yang mencari kini yang mencari masa lalu yang mencari hilang yang mencari ruang. Berapung dalam kepungan kabung gabung gabung kabung senyum dan tawa duka dan luka bertembung mengalir di kuala realiti bangsa sesuatu ditemui dalam catatan diari sifat dan pekerti sikap dan intuisi bergabung kabung berkabung gabung hingga titiknya hampas sejarah yang diingati. HASYUDA ABADI, Pustaka Iqbal Nazim, Kg Gudon, Kota Kinabalu. 23/8/2017 TANGGAL KENANGAN 31 Ogos 1957 kita mengingati tanggal kenangan laungan menyirat makna itu menggemai Stadium Merdeka almarhum Tunku Abdul Rahman mengepalai ribuan warga melaungkan kata Merdeka! Merdeka! Merdeka! 31 Ogos 1957 kita menyusuri tanggal kenangan berakhirla­h era penjajah di bumi tercinta bebaslah negara dari cengkaman kuasa orang putih. 31 Ogos 1957 kita menyelami tanggal kenangan naiklah bendera Malaysia turunlah bendera Union Jack berkibarla­h bendera kita melambai-lambai mengirai erti. 31 Ogos 1957 kita menggali tanggal kenangan bermulalah era anak bangsa mentadbir negara menggalas amanah. 31 Ogos 1957 kita menghayati tanggal kenangan negara sudah merdeka terlepas dijajah tanah tercinta namun minda generasi bangsa tetap menjadi tanda tanya. AMMI MANJA MENYONGSON­G ARUS SUNGAI MERDEKA Menyongson­g arus sungai merdeka adalah kami memercikka­n keringat terkial mengayuh kecekalan dalam pusaran kepompong kedaifan di ceruk pedalaman! Dengan perahu kehidupan kecil sesekali menggegar paduan sabar sesekali mencabar genggaman kudrat yang bermusim di oleng janji-janji. Bukan kami tak pernah tersedu seusia setengah abad ini namun akal menyeka dengan tisu kata maruah tak setaraf air mata. Di tebing keyakinan kami tetap berpaut pada akar harapan kalau karam bukan tenggelam lemas fikiran kami juga sebesar jiwa Mat Sallleh, Rentap dan Tuk Janggut menentang helah penjajah. Jenguklah kami tunaikan janji seperti yang pernah kau lafazkan sewaktu memautkan sepenuh harapan pada cinta dan kesetiaan kami. AMMI MANJA AMMI MANJA atau nama sebenarnya Abd Manaf Kamarudin adalah penulis berasal Beaufort. Karya-karyanya pernah tersiar dalam media tempatan dan majalah DBP. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah. Beliau telah menghasilk­an buku kumpulan cerpen dan puisi ‘Bersinar Kembali’ dan ‘Bagandang’. Drama pentas beliau juga ‘Sebuah Perjuangan’ telah dimuatkan dalam teks Komsas ‘Harga Sebuah Lukisan’ tingkatan tiga mulai tahun 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia