Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara kelestaria­n ekosistem Sg Perak

-

BENARLAH bicara alam itu cukup indah, di mana interaksi antara sungai, hutan, flora dan fauna mewujudkan keseimbang­an alam.

Memelihara ekosistem bukan sahaja melestarik­an alam tetapi manfaatnya cukup besar seperti yang dilakukan di Lembangan Sungai Perak.

Sungai Perak, kedua terpanjang di Semenan-jung Malaysia selepas Sungai Pahang, sumber utama bekalan air hampir 2.5 juta rakyat Perak.

Punca sungai sepanjang 400 kilometer itu bermula dari Banjaran Titiwangsa di Hutan Simpan Kekal Royal Belum di Hulu Perak, mengalir ke hilir hingga Beting Beras Basah di Bagan Datuk hingga ke Selat Melaka.

Menyusuri Sungai Perak sewaktu Ekspedisi Sumber Air anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) baru-baru ini mendekatka­n penyelidik universiti tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan media untuk lebih memahami pentingnya keseimbang­an ekosistem bagi memastikan sumber air negara tidak terjejas.

Paling nyata, Sungai Perak bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadinya tetapi juga tinggalan warisan sejarah dan ketamaduna­n yang masih boleh dilihat di sepanjang sungai ini.

Hulu Sungai Perak menjadi destinasi persing-gahan pertama ekspedisi selama empat hari itu.

Menjejaki sejarah awal penempatan manusia di jajaran Sungai Perak membawa kumpulan ekspedisi yang disertai kira-kira 80 peserta ke Lembah Lenggong yang kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Mengenali Perak Man, rangka manusia yang dikatakan berusia lebih dua juta tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Lembah Lenggong membuktika­n kepentinga­n Sungai Perak kepada masyarakat prasejarah sebagai jalan utama migrasi mereka.

Sejarah tamadun dunia juga membuktika­n sungai adalah laluan pengangkut­an utama suatu ketika dahulu.

Destinasi seterusnya ialah Tasik Temenggor, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dan kawasan tadahan hujan terbesar di Semenanjun­g Malaysia.

Tasik ini sebahagian Kompleks Hutan Hujan Simpan Royal Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).

Hutan simpan ini dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikan­nya hutan tertua di dunia.

Keseimbang­an ekosis-temnya menyaksika­n kewujudan lebih 3,000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 spesies ikan.

Kejernihan air kehijauan Tasik Temenggor dengan permukaan berkeluasa­n hampir 15,200 hektar, dilengkapi ekosistem yang bukan sahaja mampu menarik kedatangan pelancong malah menjadi pusat rekreasi, sumber ekonomi dan budaya masyarakat setempat.

Berpeluang melihat Rafflesia atau bunga pakma dan melawat sira gajah, tempat di mana haiwan liar seperti gajah, kancil, rusa mendapatka­n garam galian untuk keperluan tubuh antara aktiviti menarik di Hutan Temenggor.

Sungguhpun kaya keunikan kepelbagai­an hayat, Tasik Temenggor lebih menonjol sebagai pusat jana kuasa hidroelekt­rik utama Perak.

Sejarah penting Empangan Temenggor yang siap pada 1972 bukan semata-mata bertujuan menjana tenaga, malah turut berperanan membendung kegiatan gerila komunis terutama dari Betong, Thailand menyusup ke Perak.

Empangan yang dibina dengan kos RM352 juta itu membentuk tasik yang menenggela­mkan binaan kerajaan Melayu purba berusia ribuan tahun.

Tidak hanya di Temeng-gor, tiga lagi empangan utama di Hulu Perak kendalian Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menjana elektrik adalah Empangan Bersia, Kenering dan Chenderoh.

Selepas bermalam di Pulau Tali Kail, antara dua calet di Tasik Temenggor, perjalanan menyusuri Sungai Perak menggunaka­n bot laju diteruskan dengan mudik ke hilir ke Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Fokus ekspedisi ialah kegunaan sumber air sebagai tarikan pelanconga­n dan rekreasi.

Sepanjang tebing Sungai Perak dari hulu ke hilir dari Kuala Kangsar, Manong, Parit, Bota, Kam-pung Gajah, Teluk Intan dan Bagan Datuk kaya sejarah ketamaduna­n Melayu Perak.

Tarikan sejarah ini membantu menghidupk­an kembali fungsi Sungai Perak yang satu ketika dahulu menjadi laluan pengangkut­an utama masyarakat di sini.

Menaiki bot laju sejauh kirakira 130 kilometer dari pekan Kuala Kangsar hingga ke Pasir Salak di Kampung Gajah memberi peluang melihat bentuk perubahan sungai daripada bahagian hulu hingga ke hilir.

Hubungan ekosistem hutan terutama di bahagian hulu bukan sahaja menjadi penapis utama kepada kualiti air sungai tetapi juga benteng ketika hujan lebat bagi menghalang aliran air daripada terlalu cepat sampai ke hilir yang boleh menyebabka­n banjir.

Kumpulan penyelidik yang menyertai ekspedisi ini berpeluang melihat kawasan mana yang boleh dijadikan kajian sama ada daripada aspek mofologi dan keratan rentas sungai.

Menurut Pengarah JPS Perak Juhaimi Jusoh, inilah tujuan utama program ekspedisi iaitu melihat isu kepelbagai­an penggunaan sumber air di Sungai Perak.

“Tahap kualiti air Sungai Perak agak baik terutama di hulu seperti di Pulau Banding di mana ikan kelah masih boleh hidup.

“Kita tahu ikan kelah cukup sensitif dan memer-lukan air bersih tanpa pencemaran untuk hidup.

“Keadaan sungai di hilir seperti di Kuala Kangsar sampai ke Kampung Gajah seperti yang dilihat juga berada dalam kualti yang baik iaitu Kelas II A,” katanya kepada media pada akhir ekspedisi.

Walaupun tiada masalah besar berlaku di Sungai Perak namun JPS memantau secara serius isu mendapan terutama di bahagian hulu yang akan memberi kesan kepada bahagian hilir sungai.

Beliau berkata, isu guna tanah terutama di bahagian hulu menjadi penyumbang utama mendapan yang berlaku di Sungai Perak.

“Hanya isu mendapan sebab kalau menyusuri sungai di bahagian hilir, isu pembuangan sampah di Sungai Perak tidak terlalu ketara,” katanya sambil menambah, sum-ber air Sungai Perak banyak digunakan untuk keperluan pertanian selain bekalan air mentah.

Bagi memastikan kualiti air Sungai Perak dalam keadaan lebih baik, pemantauan secara proaktif perlu ditingkatk­an.

Jika dilihat pada warna air Sungai Perak terutama ketika mudik ke hilir, warnanya agak jingga.

Menurut Prof Ismail Abustan, pensyarah Pusat Pengajian Kejurutera­an Awam Universiti Sains Malaysia (USM), warna itu bukan disebabkan pencemaran sebaliknya mendapan.

Beliau yang turut serta dalam ekspedisi ini pernah membuat kajian tentang mendapan di Sungai Perak yang menjadi antara isu utama di Sungai Perak.

Tujuan kajian itu bagi memastikan Sungai Perak dapat distabilka­n terutama kaedah pengambila­n mendapan terutama pasir di dalam sungai agar ia dapat dilakukan dengan cara yang betul. -Bernama

 ??  ?? PESERTA Ekspedisi Sumber Air Negara menunjukka­n bekas sira tanah atau lebih dikenali sebagai sira gajah. Gambar utama di atas menunjukka­n Empangan Bersia. — Gambar Bernama
PESERTA Ekspedisi Sumber Air Negara menunjukka­n bekas sira tanah atau lebih dikenali sebagai sira gajah. Gambar utama di atas menunjukka­n Empangan Bersia. — Gambar Bernama
 ??  ?? PESERTA Ekspedisi Sumber Air Negara melihat salah satu proses penapisan air sebelum air dilepaskan ke tangki-tangki utama ketika melawat Loji Rawatan Air, Kampung Senin baru-baru ini. Sebelum dilepaskan ke tangki-tangki utama untuk kegunaan orang...
PESERTA Ekspedisi Sumber Air Negara melihat salah satu proses penapisan air sebelum air dilepaskan ke tangki-tangki utama ketika melawat Loji Rawatan Air, Kampung Senin baru-baru ini. Sebelum dilepaskan ke tangki-tangki utama untuk kegunaan orang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia