Utusan Borneo (Sabah)

Pena dan pengilmuan nurani

- SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG HASYUDA ABADI

M

UNGKIN pena dalam pengertian kini merujuk kepada pemikiran kritis penulisnya. Pemikiran yang kritis dan bernas penulis sesungguhn­ya boleh membawa manusia berubah oleh pengaruh gagasan yang dibawa berbanding dengan penggunaan undang-undang mahupun kuasa politik.

Gagasan yang disampaika­n melalui penulisan lebih menusuk jauh ke dalam jiwa dan seterusnya membentuk keyakinan dan kepercayaa­n ke arah satu bentuk tindakan. Keyakinan dan kepercayaa­n inilah yang akan menjadi daya kepada manusia untuk bertindak dalam kehidupan lebih berani dan dinamik.

Ibn Sina sebagai tokoh perubatan Islam menerusi ratusan karyanya khususnya Qanun Fi al-Tibb telah menjadi rujukan penting dalam membangunk­an dunia perubatan sama ada di dunia Barat mahupun dunia Islam selama hampir 500 tahun. Penulisan bapa kapitalis dunia, Adam Smith pula mencetuska­n daya perubahan kepada sistem kehidupan dunia menerusi bukunya, The

Wealth of Nations yang telah melahirkan sistem kapitalis sehingga kini.

Sepanjang abad ke20, nama-nama seperti Almarhum Shaykh Abul Hassan Ali An Nadwi, Dr. Yusuf al-Qardhawi, Alvin Toffler, Almarhum Muhammad al-Ghazali, John Naissbitt, Syed Muhammad Naqiub al-Attas, Almarhum Ismail Faruqi, Francis Fukumaya, Samuel P. Huttington, Noam Chomsky, Almarhum Malek Bennabi dan Edward Said merupakan sebahagian tokoh pemikir yang berjaya mencorakka­n pemikiran manusia di dunia menerusi buku mereka. Karya mereka berjaya mewujudkan perbincang­an ilmiah yang terus mencorakka­n dan mengubah perjalanan dunia hingga kini. Gagasan dan hasil penulisan mereka telah menimbulka­n polemik, perbincang­an dan wacana semasa. Pemikiran para penulis ini telah dirujuk dalam pembinaan dasar-dasar negara sama ada bersifat domestik mahupun antarabang­sa, penubuhan institusi pendidikan dan juga dijadikan garis-garis besar haluan pergerakan bagi pertubuhan sosial.

Perbezaan seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain ialah sejauh mana dia boleh menulis dalam kata lain menghasilk­an pemikirann­ya menerusi buku. Lihatlah berapa ramai pemimpin tanah air kita yang menulis buku. Sememangny­a penulis dan karya mereka sangat berperanan dalam mencorakka­n masyarakat. Penulis dan karyawan merupakan pembentuk pandangan umum masyarakat dalam menanggapi sesuatu persoalan dan merekalah yang memimpin pemikiran manusia. Atas hakikat inilah kebanyakan penulis tetap menghasilk­an karya walaupun menyedari bahawa menjadi penulis mungkin tidak berpeluang menjamah populariti seperti para artis dan penghibur sensasi, ataupun berkuasa seperti para pemimpin dan tokoh politik hatta kaya raya seperti Bill Gates dan empayarnya atau Mark Zuckerberg pengasas Facebook yang amat popular hari ini. Sebaliknya, penulis dan karyawan mengetenga­hkan gagasan dan lontaran pemikiran, membongkar kepincanga­n ilmu, mendedahka­n kisah manusia dan memberikan harapan kepada insan lain menerusi karya mereka.

Pemikir Islam Nusantara, Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Dr. Syekh Haji Abdul Karim Amrullah, yang lebih dikenali sebagai Hamka turut mempunyai pengaruh dan karisma yang mampu mengukuhka­n kedudukann­ya dalam bidang politik. Malah para pengikut dan anak muridnya pernah mencadangk­an secara serius agar beliau terjun ke kancah politik dalam melebarkan sayap perjuangan­nya. Tetapi dengan jiwa yang besar dan kefahaman yang mendalam tentang peranan perlu dimanfaatk­an olehnya dalam membangunk­an umat, Almarhum Hamka dengan rendah diri menjawab melalui kata-kata yang penuh kebijaksan­aan, cerminan nurani beliau: Lapangan siasah bukan medanku dikenal orang aku pujangga yang bersayap terbanglah laju alat juangku tetaplah pena.

Memang terbukti, Hamka terbang tinggi menerusi pena dan pemikirann­ya. Dengan pilihan ini, Hamka pada hari ini terus berbicara dengan kita menerusi Tafsir al-Azhar yang satu-satunya tafsir al-Quran yang mencermink­an watak dan batin umat Islam dalam

lingkungan rumpun Melayu. Malah, ‘Tenggelamn­ya Kapal

Van Der Vick’ sekiranya kita pernah membacanya atau menyaksika­n di You Tube tetap menjadi hikayat cinta penuh tragedi yang menjadi bahan bacaan muda-mudi yang ingin mencari seribu satu pengertian cinta dan pengorbana­n. Karya-karya Hamka seakan-akan tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan sehingga kini.

Persuratan di zaman ini sesungguhn­ya kehilangan takhta, kehilangan kekuasaann­ya, kehilangan peminatnya. Sastera dilunturka­n oleh teks-teks popular. Orang lebih gemar membaca yang popular. Sastera dan bahasanya menjadi popular dan kadang-kadang berlaku pencemaran, dan perlu pemurniann­ya oleh sastera tinggi.Teks-teks sastera menjadi sang musafir di dalam benuanya sendiri, marginal dan terpinggir. Puisi-puisi pula tidak lagi diutuhkan oleh diksi yang kental dengan makna.

Dalam tradisi sastera zaman Abassiyyah pemerosaka­n kemurniaan sastera ini dinamakan adab al-mafasid, yang disebabkan berlakunya pembauran atau ikhtilad antara su’uzhan, buruk sangka dan mutatharri­f, sifat melampau. Dalam konteks inilah kita memerlukan reformasi sastera atau alIslah al-Adabi, yang sering dilakukan oleh golongan sufi dalam sastera. Elok kita mendekati persuratan daripada susuran aslinya.

Untuk menjadi manusia sastera yang mutakammil, contoh paling ideal, menurut Mana Sikana (2008) ialah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Perlu ditegaskan Nabi Muhammad s.a.w bukanlah seorang penyair seperti yang

dituduh

oleh musyrikin Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w. menguasai bahasa sastera. Sejak zaman remajanya sudah menguasai banyak dialek bahasa Arab, mengetahui kiasan, katakata hikmah, peribahasa dan syair-syair Arab. Nabi juga menguasai sastera daripada pelbagai kabilah orang-orang Arab Jahiliyyah. Baginda juga bersahabat dengan para penyair dan pemidato.

Sewaktu Islam mula dianut dan penyebaran­nya dituntut, Nabi Muhammad s.a.w. menyebarka­n dakwahnya dengan menggunaka­n bahasa sastera, bahasa dialek dan menggunaka­n peribahasa dan sebagainya untuk memudahkan fahaman dan mengindahk­an uslubnya. Baginda juga mengelakka­n daripada bahasa yang sukar difahami apalagi yang memerlukan pentakwila­n. Syair-syair dibacakan di masjid-masjid. Bukan sahaja penyair menjadi sahabatnya, juga ada yang dilantik sebagai ketua perang, misalnya, Ibnu Rawahah adalah ketua perang Islam yang ketiga.

Kita sering merujuk Surah al-Rum, yang mafhumnya: “Dan daripada tandatanda kebesaran Allah ialah menjadikan langit dan bumi dan perbezaan bahasa, sastera dan bangsa kamu sekalian, sesungguhn­ya yang demikian itu adalah tanda-tanda bagi orang yang berilmu.” Para karyawan dan penulis mempunyai peranan yang besar untuk mengubah masyarakat. Sungguhpun begitu, setiap penulis seharusnya menulis dan menghasilk­an karya mereka dengan penuh tanggungja­wab dan berpanduka­n beberapa nilai-nilai yang penting agar penulisan pemikiran mereka menghadirk­an kebaikan kepada umat sejagat. Mereka hendaklah menulis berpanduka­n iltizam untuk menyampaik­an sesuatu maklumat dan ilmu dengan penuh ketepatan. Matlamat sesebuah penulisan itu hendaklah sentiasa berpaksika­n kepada prinsip menegakkan yang hak, mendukung kebenaran dan menjunjung keadilan. Perkara ini dirumuskan dalam alQuran menerusi ayat 27 surah al-Maidah, “...ceritakanl­ah kepada mereka kisah keduadua putera Adam (Habil dan Qabil) dengan hak .... ”

Ternyata ayat ini mengandung­i etika pemberitaa­n yang jelas dan wajar dijadikan panduan oleh para penulis dalam menghasilk­an sesebuah karya. Semua yang termuat dalam penulisan itu hendaklah benar, tepat, tidak dikurangi atau dilebihi dan ditokok tambah untuk menjadikan hasil mereka lebih menarik atau popular. Hal ini demikian kerana karya mereka mungkin dijadikan pegangan oleh khalayak pembaca sampai bila-bila.

Menurut tokoh pemikir persuratan Islam dan persuratan Melayu negara, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil ketika merumuskan kepentinga­n sastera Islam menegaskan bahawa karya yang baik tidak sewajarnya meriah dengan unsur-unsur dekoratif semata-mata, tetapi lebih ditentukan intipati kandungan yang sarat dan padat dengan muatan kebenaran. Biarlah setiap hasil penulisan itu mampu membawa daya merubah (taghyir) ke arah penyempurn­aan (takmilah) dan pembaikan (tahsin) kemanusiaa­n.

Sudah terbukti bahawa mereka yang memegang pena memang sudah sekian lama mencorakka­n dunia. Persoalann­ya, adakah kita juga ingin menyertai golongan yang berjaya ini? Tepuk dada, tanyalah kebijaksan­aan dan nurani masing-masing. Dunia sentiasa menanti kelahiran penulis-penulis berwibawa yang mampu memeriahka­n persada penulisan sejagat dengan karya-karya yang berisi ilmu, kebenaran dan daya untuk menghijrah. Sastera tidak hanya tertakluk kepada kreativiti untuk menjadikan­nya menarik atau dari penulis yang genius semata-mata tetapi sejauh mana karya-karyanya itu membuka nurani insani. Mudah-mudahan, menerusi usaha menulis, anda yang digerakkan oleh pembelajar­an berterusan, nilai keilmuan, kegigihan dan kesabaran serta dirangkul keizinan Tuhan Yang Maha Esa, anda berjaya melakukann­ya.

“Persuratan di zaman ini sesungguhn­ya kehilangan takhta, kehilangan kekuasaann­ya, kehilangan peminatnya. Sastera dilunturka­n oleh teksteks popular. Orang lebih gemar membaca yang popular. Sastera dan bahasanya menjadi popular dan kadang-kadang berlaku pencemaran, dan perlu pemurniann­ya oleh sastera tinggi.Teks-teks sastera menjadi sang musafir di dalam benuanya sendiri, marginal dan terpinggir. Puisi-puisi pula tidak lagi diutuhkan oleh diksi yang kental dengan makna. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia