Utusan Borneo (Sabah)

Kemahiran jahitan bantu jana ekonomi

30 peserta hadiri Kursus Jahitan anjuran KPLB Sabah melalui SLPM

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah telah melaksanak­an program khidmat masyarakat dengan menganjurk­an Kursus Jahitan (Asas dan Lanjutan) selama dua bulan bagi kawasan P.175 Papar, di Rumah Rehat Daerah Papar.

Kursus tersebut dibahagika­n kepada dua siri iaitu Kursus Jahitan Asas berlangsun­g pada 19 Julai hingga 22 Ogos selama sebulan, dan para peserta akan meneruskan­nya dengan mengikuti Kursus Jahitan Lanjutan pada 29 Ogos hingga 26 September ini selama sebulan lagi.

Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) KPLB Sabah, Siti Zuraihan Ag Mohd Hussin berkata, seramai 30 peserta dari pelbagai kampung di daerah Papar menyertai kursus berkenaan.

Katanya, mereka kebanyakan­nya terdiri daripada suri-suri rumah dan ibu tunggal yang berdaftar dengan eKasih.

Kursusjahi­taninidike­ndalikan oleh tiga tenaga pengajar terlatih iaitu Rohani Yahya, 54, Emmy Sidin, 47, dan Mariana Balimbing, 38.

Menurut Siti Zuraihan, suatu ketika dahulu menjahit dianggap sebagai aktiviti yang hanya dilakukan golongan pertengaha­n atau berusia sahaja.

Namun kini katanya, semakin ramai wanita muda mengambil kelas jahitan kerana ingin menambah ilmu pengetahua­n dan kemahiran, selain mencari sumber pendapatan sampingan.

“Dengan upah menjahit sehelai baju kurung antara RM60 hingga RM150 di bandar, sudah tentu bayaran ini sangat membebanka­n terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak,” katanya.

Justeru katanya, KPLB Sabah sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar akibat kos sara hidup yang kian meningkat.

Dalam usaha membantu meningkatk­an pendapatan penduduk, KPLB Sabah melalui Seksyen Latihan Pembanguna­n Masyarakat (SLPM) KPLB akan terus mengadakan kursus jahitan dari semasa ke semasa.

Siti Zuraihan menambah, ramai dalam kalangan peserta dilihat amat berminat menceburi bidang jahitan, tetapi belum memiliki kemahiran dan tidak tahu selok-belok mengenai jahitan.

“Menerusi kursus ini mereka berpeluang­mempelajar­ipelbagai teknik jahitan yang betul,” katanya sambil melahirkan rasa gembira dan terharu dengan komitmen dan kesungguha­n serta sambut para peserta terhadap kursus itu.

Beliau menjelaska­n, objektif kursus ini ialah memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam bidang jahitan serta mempelbaga­ikan kemahiran peserta agar dapat bersaing di persada pasaran global yang pastinya mencabar.

Selain itu, ia dapat membantu dalam menawarkan produk jahitan yang lebih baik, bermutu dan berinovasi kepada pelanggan.

Menurut Siti Zuraihan lagi, dalam kursus asas peserta diajar teknik menjahit baju kurung asli, kebaya asli, baju melayu, baju budak dan beg tangan.

Manakala kursus lanjutan pula, peserta akan diajar cara menjahit seluar panjang lelaki baju kemeja lengan panjang lelaki, blazer wanita dan selimut comforter.

Sementara itu, seorang peserta kursus, Dg Syarmi Eryani Ag Arsad, 32, dari Kampung Benoni Papar berkata, dia dapat mempelajar­i pelbagai tekniktekn­ik jahitan yang lebih mudah difahami menerusi kursus itu.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada pihak KPLB Sabah kerana terpilih menyertai kursus ini bagi menambah kemahiran,” katanya.

Bagi peserta dari Kampung Kuala, Azilah Madin, 42, menjelaska­n, peluang yang diberikan KPLB Sabah tidak dipersia-siakan kerana ia dapat membantu dirinya menambahka­n pengetahua­n dan pengalaman sedia ada.

“Secara tidak langsung, kemahiran yang ada dapat digunakan untuk membuka perniagaan secara kecilkecil­an,” ujarnya yang berhasrat menceburi perniagaan jahitan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPPM) KPLB Sabah, Ahayati Arif memuji usaha dan komitmen pihak KPLB melaksanak­an program khidmat masyarakat dengan menganjurk­an Kursus Jahit Menjahit.

Katanya, ia merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk membantu kaum wanita luar bandar, khususnya dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal meningkatk­an kemahiran diri dalam bidang jahit menjahit, untuk menambah pendapatan keluarga tanpa bergantung kepada bantuan semata-mata.

“Peluang perniagaan menjahit boleh dimulakan secara kecilkecil­an dari rumah,” ujarnya.

Beliau berkata, untuk permulaan, mereka boleh mendapatka­n tempahan dari saudara mara, kawan-kawan atau jiran tetangga dengan tidak mengenakan upah yang terlalu tinggi, ini kerana ia hanyalah permulaan.

Apa yang penting katanya, adalah sambutan dan reaksi yang diberikan oleh para pelanggan.

“Daripada reaksi yang diberikan, mereka (peserta) boleh mengetahui mutu hasil jahitan masing-masing yang akan menjadi perintis atau tangga permulaan dalam perniagaan menjahit, yang mana boleh dikembangk­an lagi kepada penghasila­n produk jahitan lain seperti menjahit langsir, tudung, manik, sulaman, kraftangan dan sebagainya,” jelas Ahayati sambil memberi motivasi kepada para peserta kursus.

Selain daripada itu, bidang seni reka fesyen juga merupakan antara kerjaya yang boleh diterokai kerana ianya mampu menghasilk­an pendapatan yang lumayan.

 ??  ?? SITI Zuraihan (berdiri dua kiri) dan Ahayati (berdiri kanan) memerhatik­an peserta membuat tugasan jahitan.
SITI Zuraihan (berdiri dua kiri) dan Ahayati (berdiri kanan) memerhatik­an peserta membuat tugasan jahitan.
 ??  ??
 ??  ?? DG. SYARMI Eryani menunjukka­n hasil jahitan baju Melayu yang telah siap dijahit dengan cantik dan bermutu.
DG. SYARMI Eryani menunjukka­n hasil jahitan baju Melayu yang telah siap dijahit dengan cantik dan bermutu.
 ??  ?? AHAYATI
AHAYATI
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Siti Zuraihan (duduk empat kiri), Ahayati (tiga kiri) serta tiga tenaga pengajar kursus jahitan.
PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Siti Zuraihan (duduk empat kiri), Ahayati (tiga kiri) serta tiga tenaga pengajar kursus jahitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia