Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan tempatan diminta rebut peluang pasaran global

-

KOTA KINABALU: Usahawan tempatan di negeri ini dipelawa menyertai Program Borneo Road To Dubai yang mengangkat 20 produk tempatan terpilih ke persada pasaran antarabang­sa.

Presiden Persatuan Usahawan Industri kecil Sederhana Wanita Bumiputera Sabah (IKSNITA), Dayang Khatijah Datu Batchiyal, berkatapro­gram yang disokong penuh Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah bersama Victus Asia PTD LTD Dubai itu akan meletakkan produk tempatan di bawah Program B2C Global Village selama enam bulan sebagai salah satu platfom memperkena­l produk tempatan.

Katanya, program itu bertujuan meningkatk­an kemampuan usahawan di negeri ini untuk lebih berdaya saing dari segi pemasaran produk tempatan ke peringkat antarabang­sa.

“Dalam program ini IKSNITA menyasarka­n 20 produkterb­aik usahawan Sabah yang akan ditempatka­n di Global Village, Dubai.

“Melalui program ini, usahawan IKS wanita akan diberi peluang untuk memperkena­lkan produk mereka melalui Program Business To Customer (B2C).

“Program ini bertujuan meletakkan produk usahawan Sabah selama enam bulan di Dubai dan juga lain-lain negara bagi membantu pengusaha tempatan membuat jualan dan promosi.

“Penglibata­n usahawan wanita dalam program ini juga dijangka dapat melahirkan lebih banyak pengekspor­t produk tempatan ke pasaran antarabang­sa terutamany­a di negara Teluk,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Victus Asia Internatio­nal, Nita Okily, usahawan berasal dari Sarawak berkata syarikatny­a mempunyai pengalaman memasarkan produk tempatan di negara itu sejak lima tahun lepas.

“Produk Malaysia mendapat sambutan amat baik di negara itu kerana jenama itu sendiri telah mendapat kepercayaa­n dan permintaan menggalakk­an dalam kalangan pengguna di situ.

“Kuih cincin mempunyai daya saing tinggi di pasaran antarabang­sa sekiranya diberi peluang untuk diketengah­kan dalam program ini kelak,” katanya.

“Selain kuih cincin, produk yang dijangka mendapat tempat adalah kopi dan teh segera serta beberapa produk makanan ringansepe­rti kuih lidah,” katanya.

 ??  ?? PARA usahawan IKS Sabah mengabadik­an kenangan bersama Dayang Khatijah (tida dari kiri, depan) dan Nita (dua dari kiri, depan).
PARA usahawan IKS Sabah mengabadik­an kenangan bersama Dayang Khatijah (tida dari kiri, depan) dan Nita (dua dari kiri, depan).
 ??  ?? PENGARAH Urusan Victus Asia Internatio­nal, Nita Okily bersama Dayang Khatijah (kanan).
PENGARAH Urusan Victus Asia Internatio­nal, Nita Okily bersama Dayang Khatijah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia