Utusan Borneo (Sabah)

Hong Hua Electrical Trading anjur promosi Merdeka sehingga 15 Sept

-

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Hong Hua Electrical Trading kini menganjurk­an promosi Merdeka bermula dari 19 Ogos sehingga 15 September 2017.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai produk-produk peralatan elektrik rumah dengan harga yang lebih rendah daripada biasa.

Ini termasukla­h pelbagai peratan memasak, pendingin hawa, peti sejuk, mesin basuh, kipas angin, ketuhar dan sebagainya dengan jenama seperti Milux, Elba, Alpha, Toshiba, Faber, Joven, Gree dan lain-lain.

Selain itu, premis ini turut mengkhusus dalam sistem siaraya (PA sistem) seperti mikrofon, pembesar suara (speaker), pengadun bunyi (mixer) untuk kegunaan premis komersial, dewan dan balai raya. Para pelanggan juga boleh mendapatka­n sistem karaoke di situ.

Menurut pemilik kedai tersebut Ting Chin Hong, untuk para pelanggan yang membeli set pendingin hawa, premis ini juga menyediaka­n pemasangan percuma kepada pelanggan. Harga seunit set pendingin hawa (termasuk pemasangan) bermula dari RM900, katanya.

Perkhidmat­an penghantar­an ke rumah (bagi peralatan yang besar) turut disediakan.

Produk utamanya iaitu dapur memasak dan penyedut asap mendapat sambutan baik di mana para pelanggan boleh mendapatka­n satu set dari hanya RM999.

Hong Hua Electrical Trading terletak di Lot 502 Pusat Komersial Pelita, Miri (sebaris dengan pejabat Tabung Haji).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 085420792.

Premis ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6.30 petang.

 ??  ?? HONG Hua Electrical Trading yang terletak di Pusat Komersial Pelita, Miri.
HONG Hua Electrical Trading yang terletak di Pusat Komersial Pelita, Miri.
 ??  ?? PELBAGAI peralatan dapur dipamerkan di premis itu.
PELBAGAI peralatan dapur dipamerkan di premis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia