Utusan Borneo (Sabah)

Mini SME Expo bersama Emart Batu Kawah hari ini

Sesi kedua diadakan di Emart Riam, Miri September ini

-

KUCHING: Satu Program Mini SME Expo bersama Emart diadakan di Emart Batu Kawah bermula dari 18 Ogos sehingga 27 Ogos 2017.

Program bertujuan untuk memupuk budaya keusahawan­an di negeri Sarawak ini, selain mengetenga­hkan produk serta perkhidmat­an PKS bersama hypermarke­t tempatan.

Program dijangka disempurna­kan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawa, Datuk Dr Sim Kui Hian pada hari ini.

Menurut jurucakap pengelola, Emart dan SME Corp Pejabat Negeri bersama-sama berusaha untuk mengangkat produk PKS, dengan memberi peluang kepada PKS mempromosi­kan produk mereka.

Selain itu ia dijadikan sebagai platform pemadanan perniagaan (business matching) yang memberi keuntungan ‘winwin’ kepada pihak PKS mahupun pihak Emart sendiri.

Sesi kedua program ini akan diadakan di Emart Riam, Miri pada September nanti dan diharap agar usaha ini terus mendapat sambutan daripada penduduk setempat, dan samasama menyokong PKS Sarawak untuk lebih maju.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia merangkumi 98.5 peratus daripada keseluruha­n entiti perniagaan di negara ini.

Selaku pemacu utama pertumbuha­n ekonomi negara, usaha untuk merancakka­n lagi pembanguna­n PKS harus diteruskan.

Mengikut statistik, Sarawak merupakan negeri yang kelima tertinggi dari segi bilangan PKS di Malaysia.

Terdapat sejumlah 62,000 PKS di negeri ini, iaitu 6.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n PKS di Malaysia.

Daripada jumlah ini, 92 peratus PKS di Sarawak adalah dalam sektor perkhidmat­an, 4.5 peratus dalam sektor pembuatan, 0.7 peratus dalam bidang pertanian, manakala 2.1 peratus lagi dalam sektor pembinaan.

“Emart

dan SME Corp Pejabat Negeri bersama-sama berusaha untuk mengangkat produk PKS, dengan memberi peluang kepada PKS mempromosi­kan produk mereka. Selain itu ia dijadikan sebagai platform pemadanan perniagaan (business matching) yang memberi keuntungan ‘win-win’ kepada pihak PKS mahupun pihak Emart sendiri. JURUCAKAP PENGELOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia