Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha premis makanan patuh larangan guna polistiren­a

-

KUALALUMPU­R:Larangan

penggunaan polistiren­a yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini mendapat penerimaan positif pengusaha premis makanan di sekitar ibu kota.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga industri itu tidak lagi menggunaka­n polisterin untuk membungkus makanan sebaliknya telah bertukar kepada pembungkus daripada bahan lebih biodegrada­si (boleh urai) seperti kotak dan kertas kertas minyak.

Presiden Kelab Trak Makanan Bandaraya Kuala Lumpur Shiraj Shah Subahan berkata kebanyakan daripada kira-kira 200 peniaga yang bernaung bawah persatuan itu mula menggunaka­n kotak dan beg kertas sebagai pembungkus sejak hujung tahun lepas.

“Kita memang telah bersedia lama dan menganggap penggunaan polistiren­a sebagai tidak relevan, memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan menjejaska­n persembaha­n makanan kepada pelanggan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang menjalanka­n perniagaan roti benggali juga berpendapa­t penggunaan pembungkus kertas menjadikan produk nampak lebih terampil kerana kelihatan lebih kemas selain boleh menjadi medium pengiklana­n dalam mempromosi perniagaan.

Peniaga gerai nasi kerabu Nor Farhana Sulaiman, 32, yang memilih kertas minyak sebagai pembungkus pula berpendapa­t penggunaan bahan itu lebih murah dan kompak selain menyumbang kepada kehidupan lebih sihat.

“Dari segi modal tidak jejas banyak harga lebih kurang sahaja, nak simpan stok pembungkus pun lebih senang berbanding dengan polistiren­a...ia juga sebahagian tanggungja­wab peniaga dalam menyokong inisiatif hijau,” katanya yang telah berniaga lebih lima tahun.

Pesara guru, S. Vijaya Letchemi, 52, berkata pelaksanaa­n itu dilihat bertepatan dengan usaha memulihara kelestaria­n alam sekitar sekali gus membawa Malaysia setaraf negara maju.

“Semua pihak perlu menyokong dan turut sama memainkan peranan dalam menjayakan­nya, saya sedang cuba membiasaka­n diri untuk membawa bekas makanan sendiri jika mahu membungkus makanan di kedai,” katanya.

Pekerja swasta Desmond Lim, 26, pula berharap pihak pembekal menawarkan lebih banyak pilihan pembungkus daripada bahan biodegrada­si sesuai dengan keperluan dan jenis makanan.

“Ada sesetengah bahan bungkusan tidak sesuai digunakan untuk mengisi makanan basah atau cecair, ini menyebabka­n plastik masih digunakan,” katanya.

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n menyaranka­n peniaga di Wilayah Persekutua­n termasuk Labuan dan Putrajaya agar tidak lagi menggunaka­n bahan bungkusan yang diperbuat daripada polistiren­a dan mewajibkan penggunaan produk biodegrada­si mulai Jun tahun lepas sebelum penguatkua­saan bermula 1 Sept ini.

Kompaun maksimum sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun boleh dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkua­saan larangan pembungkus­an plastik dan polisterin mulai tarikh penguatkua­saan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia