Utusan Borneo (Sabah)

Lukisan merakam keindahan alam

Cintai alam melalui karya Siri II Lukisan Esplanade Sipitang menarik minat pengunjung

-

SIPITANG: Tiga pelukis iaitu Hassan Majin, Mohd Yakof Mohd Asman dan Asmat Hj Pangis, tiga pelajar praktikal UMS iaitu Karina Tahir, Nurhaslind­a Aamborappe dan Siti Hasmah Yusuf dan tujuh pelajarPra-USMKPengir­an Omar berjaya melukis keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan Esplanade Sipitang.

Program melukis ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Galeri Seni Visual SMK Pengiran Omar Sipitang bersama Persatuan Seni Visual Sabah berjaya menarik minat pengunjung.

Hanya Hassan Majin sahaja yang mewakili Persatuan Seni Visual Sabah bagi menjayakan program Open Outdoor Painting ini.

Mohd Yakof Mohd Asman pula mewakili Galeri Seni Visual SMK Pengiran Omar Sipitang, manakala Karina Tahir dan yang lain pula merupakan pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan dalam bidang Teknologi Seni Visual di Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Yakof menjelaska­n, objektif program ialah bagi memberi pendekatan kepada orang ramai terhadap karya seni khususnya masyarakat setempat daerah Siptang dan di luar secara amnya.

Selain itu katanya, ia untuk memperbany­akkan koleksi karya Galeri Seni sekolah dan menarik perhatian pengunjung terutamany­a pelajar dan masyarakat supaya menghargai dan memberi peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini.

“Melalui program ini masyarakat dapat dididik untuk menghargai keindahan alam sekitar serta berusaha untuk menjaganya.

“Kepada pengiat seni tempatan, ini merupakan wadah untuk melibatkan diri dalam Persatuan Seni Visual Sabah.

Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Sipitang Sharif Endra Sharif Abd. Hamid, kerana membenarka­n kami menggunaka­n kawasan Esplanad.

Yakof juga berharap agar pihak Majlis Daerah Sipitang dapat memberi kerjasama seperti ini pada masa akan datang.

 ??  ?? HASSAN, Mohd Yakof dan Asmat sedang menghasilk­an karya.
HASSAN, Mohd Yakof dan Asmat sedang menghasilk­an karya.
 ??  ?? PARA pelukis bergambar bersama karya masing-masing.
PARA pelukis bergambar bersama karya masing-masing.
 ??  ?? ANTARA pelukis yang mengambil bahagian.
ANTARA pelukis yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia