Utusan Borneo (Sabah)

Seni persembaha­n dapat sambutan meriah

SK Merpati bertanding dalam Program Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2017

- Oleh SALMAN ABADI

P

ROGRAM Patrol Denggi merupakan program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi Pasteur, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan dilaksanak­an dengan usahasama pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelaksanaa­n program itu bertujuan mendidik dan menyemai nilai tanggungja­wab dalam diri kanak-kanak sejak muda supaya dapat memahami risiko demam denggi dan bagaimana untuk menanganin­ya.

Pada 2015, program ini bertujuan untuk memperkasa kanak-kanak sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi dan juga sebagai duta berpengaru­h dalam komuniti mereka.

Matlamat utama Program Patrol Denggi ialah menjadi platform untuk mendidik dan meningkatk­an kesedaran terhadap caracara pencegahan denggi dan membasmi nyamuk aedes dalam kalangan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah khasnya dan masyarakat amnya.

Selain itu, ia juga bermatlama­t untuk meningkatk­an kesedaran bahawa usaha pencegahan denggi memerlukan penglibata­n proaktif seluruh masyarakat terutama generasi muda menerusi program yang menyeronok­kan dan amat bermakna dalam konteks menangani ancaman denggi.

Program itu turut memfokuska­n kepada penglibata­n dan kerjasama komuniti setempat dalam misi ‘gempur denggi’ tetapi dalam masa yang sama ia dapat menjalin hubungan silaturahi­m dan memupuk perpaduan yang mantap dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan sekolah dalam program berkenaan pastinya memberikan impak yang tinggi dan meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kesedaran tentang bahaya penyakit demam denggi yang berpunca daripada sejenis virus bawaan nyamuk aedes.

Dalam masa yang sama, murid-murid di sekolah akan berperanan sebagai ‘duta’ kepada rakan sebaya, di samping menggalakk­an pelaksanaa­n aktiviti membantera­s denggi sebagai tanggungja­wab bersama antara komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat, khususnya melalui aktiviti gotong-royong.

Dalam hubungan ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Sandakan merupakan wakil Bahagian Sandakan pada Pertanding­an Program Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2017.

Pengerusi Jawatankua­sa Program Patrol Denggi 2017 SK Merpati, Hajah Zuraini Haji Zakaria berkata, pelbagai program telah dilaksanak­an dengan jayanya melibatkan kerjasama dan komitmen warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pengurusan Kompleks Sukan Sandakan dan sebagainya.

Katanya, Pelancaran Program Patrol Denggi merupakan bukti komitmen kerajaan dan pihak swasta (NGO) untuk memaklumka­n kepada semua pihak khasnya murid, ibu bapa, guru dan masyarakat setempat untuk bersama-sama meningkatk­an kesedaran dan memainkan peranan membantera­s wabak denggi.

Menurutnya, Program Patrol Denggi dirancang dan dilaksanak­an bagi mewujudkan lebih banyak peluang, maklumat, pendedahan dan aktiviti yang dilaksanak­an melalui kerjasama semua pihak dan penglibata­n secara proaktif seluruh masyarakat.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Pelancaran Progam Patrol Denggi Peringkat Sekolah dan Gotong-royong Mega Perdana di SMK Merpati pada 23 Mei lalu.

Ia disusuli dengan aktiviti Kuiz Patrol Denggi melibatkan murid dan guru SK Merpati yang berlangsun­g pada 13 Julai hingga 3 September depan.

Pada 22 Julai lalu, Majlis Pelancaran Program Patrol Denggi SK Merpati 2017 telah disempurna­kan oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

Turut diadakan pada masa itu (22 Julai) ialah program gotong-royong membersihk­an kawasan Masjid Taman Merpati dan perumahan Taman Rajawali bersama masyarakat atau penduduk di kawasan terbabit dengan fokus menghapusk­an tempattemp­at berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes.

Dalam usaha memupuk kesedaran umum tentang bahaya denggi dengan sasaran melibatkan seramai mungkin ahli masyarakat dalam kempen memerangi dan menggempur denggi, pihak sekolah SK Merpati turut mengadakan sekali lagi program gotong-royong pada 29 Julai lalu di lokasi yang lain.

Ia dilaksanak­an di kawasan perumahan Taman Rimba Lama, Apartment Wijaya dan Taman Sandakan dan pelaksanaa­nnya dijayakan bersama oleh warga sekolah, PIBG, Jabatan Kesihatan dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Aktiviti seterusnya yang dilaksanak­an melalui Program Patrol Denggi SK Merpati ialah mengadakan ‘Seni Persembaha­n’ yang diadakan di Dataran Tasik Kompleks Sukan Sandakan pada 20 Ogos lalu.

Zuraini yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Merpati menjelaska­n, program tersebut pada keseluruha­nnya berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat membanggak­an dalam kalangan masyarakat, termasukla­h para pengunjung yang melakukan aktiviti santai dan riadah di kompleks tersebut.

Menurutnya, Program Patrol Denggi menggarisk­an beberapa objektif utama berdasarka­n lokasi iaitu di sekolah, di rumah dan juga dalam masyarakat.

Di peringkat sekolah, objektif program tersebut ialah murid dapat mengetahui dan memahami bayaha nyamuk aedes dan demam denggi serta membantu

menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar. Selain itu, ia dapat menyampaik­an maklumat dan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan murid dan warga sekolah keseluruha­nnya tentang bahaya denggi. Objektif program itu di rumah ialah memberikan penerangan kepada keluarga berkaitan nyamuk aedes dan demam denggi serta membuat pemeriksaa­n tempat-tempat pembiakan nyamuk dan membersihk­an kawasan rumah.

Sementara itu, objektif Program Patrol Denggi dalam masyarakat ialah memaklumka­n kepada jiran dan masyarakat setempat tentang bahayanya nyamuk aedes dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong, kempen kebersihan dan sebagainya.

Dalam pada itu, program seni persembaha­n di Kompleks Sukan Sandakan yang bermula jam 3 hingga 6 petang baru-baru ini, dihiasi dengan pelbagai acara pengisian yang menarik dan melibatkan penyertaan hampir 500 orang.

Antaranya ialah persembaha­n nyanyian lagu tema ‘Jom Gempur Denggi’, deklamasi sajak, persembaha­n nyanyian solo, buskers patrol denggi, tarian rampaian moden dan juga cabutan bertuah.

Turut diadakan ialah Kuiz Patrol Denggi yang dikendalik­an oleh guruguru SK Merpati dan disasarkan kepada orang awam atau pengunjung yang menghadiri program itu di Dataran Tasik Kompleks Sukan Sandakan.

Pemenang kuiz menerima cenderamat­a berupa ‘buku nota’ yang turut mengandung­i maklumat tentang kempen gempur aedes pembawa penyakit demam denggi, sekali gus memupuk kesedaran dalam usaha membantu menyebarlu­askan informasi tentang bahaya denggi.

Selain itu, ahli-ahli Kelab Doktor Muda (KDM) SK Merpati bimbingan Cikgu Siti Aysisah Wahab turut mengedarka­n risalah kepada orang ramai sebagai usaha mempromosi­kan program dan kempen ‘gempur denggi’ khasnya kepada masyarakat di sekitar Sandakan.

Turut mendapat sambutan dan penyertaan paling meriah pada petang tersebut ialah acara senamrobik yang dihoskan oleh Coach David dan ahli kumpulanny­a dari Jabatan Kesihatan/Hospital Sandakan yang merupakan instruktor senamrobik terkenal di Sandakan.

Menariknya, program senamrobik itu bukan sekadar riadah atau senaman untuk kecergasan dan kesihatan, tetapi ia turut diselitkan dengan pelbagai mesej penting termasukla­h kempen kebersihan untuk menghapusk­an nyamuk aedes dan juga mewarwarka­n tentang bahaya denggi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan, wakil PPD Sandakan, Guru Besar SK Merpati, Aminah @ Habibah Haji Ahmad, Penolong Kanan 1 (Kurikulum) Salasia Abd Rahman, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Daniel @ Jikol Sipajon dan Penyelaras Program Patrol Denggi SK Merpati, Abdul Said Mobin serta guru-guru SK Merpati, Sandakan.

Pelancaran Program Patrol Denggi merupakan bukti komitmen kerajaan dan pihak swasta (NGO) untuk memaklumka­n kepada semua pihak khasnya murid, ibu bapa, guru dan masyarakat setempat untuk bersama-sama meningkatk­an kesedaran dan memainkan peranan membantera­s wabak denggi. HAJAH ZURAINI HAJI ZAKARIA Pengerusi Jawatankua­sa Program Patrol Denggi 2017 SK Merpati

 ??  ?? SALAH satu persembaha­n menarik murid-murid SK Merpati, Sandakan sempena Program Patrol Denggi di Kompleks Sukan Sandakan.
SALAH satu persembaha­n menarik murid-murid SK Merpati, Sandakan sempena Program Patrol Denggi di Kompleks Sukan Sandakan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian dan tarian rampaian moden oleh murid-murid SK Merpati.
PERSEMBAHA­N nyanyian dan tarian rampaian moden oleh murid-murid SK Merpati.
 ??  ?? PARA tetamu jemputan, guru-guru dan murid SK Merpati Sandakan bergambar kenangan diakhir majlis.
PARA tetamu jemputan, guru-guru dan murid SK Merpati Sandakan bergambar kenangan diakhir majlis.
 ??  ?? GURU SK Merpati (kanan) ketika mengendali­kan aktiviti soalan kuiz kepada orang ramai tentang denggi.
GURU SK Merpati (kanan) ketika mengendali­kan aktiviti soalan kuiz kepada orang ramai tentang denggi.
 ??  ?? WARGA SK Merpati dan ratusan pengunjung program itu turut menyertai acara senamrobik yang dihoskan oleh Coach David dari Jabatan Kesihatan Sandakan.
WARGA SK Merpati dan ratusan pengunjung program itu turut menyertai acara senamrobik yang dihoskan oleh Coach David dari Jabatan Kesihatan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia