Utusan Borneo (Sabah)

Anak Sarawak digesa rebut peluang disedia k’jaan

-

KUCHING: Anak Sarawak digesa merebut segala peluang yang disediakan kerajaan untuk memacu pembanguna­n modal insan yang holistik di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia penting bagi memastikan usaha yang dilakukan kerajaan dapat dimanfaat oleh generasi muda agar selari dengan misi ke arah ekonomi digital.

Malah, tegasnya, kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak juga mengambil langkah drastik dengan menambah dana pendidikan bagi memberi biasiswa dan pinjaman biasiswa kepada anak Sarawak daripada RM4 juta setahun ke RM100 juta setahun.

“Peruntukan RM100 juta menerusi Yayasan Sarawak ini adalah untuk pendidikan anak-anak kita bagi membolehka­n mereka menuntut ke peringkat yang lebih tinggi.

“Untuk itu, anak-anak mesti mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaa­n bagi membolehka­n kamu menempatka­n diri dan diterima oleh institusi pengajian tinggi (IPT),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Solat Hajat Perdana Satok 2017 yang disertai 15 sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok melibatkan kira-kira 500 murid darjah enam dan pelajar tingkatan lima di Dewan Kompleks Majlis Islam Sarawak di sini, malam Khamis.

Abang Johari memberitah­u, usaha yang dilakukan kerajaan itu demi memenuhi keperluan masa hadapan dalam mempersiap­kan modal insan yang boleh memenuhi pasaran pekerjaan baharu dalam dunia ekonomi digital.

“Sarawak sedang menuju ke arah ekonomi digital, terpulang kepada anda sahaja lagi untuk menentukan­nya, janganlah kamu mensia-siakan peluang yang disediakan ini,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) merupakan platform untuk anak-anak meneruskan pembelajar­an ke peringkat lebih tinggi lagi.

“Semua ini adalah impian setiap ibu bapa, guru dan kamu sendiri untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Satok Iskandar Sharkawi berkata, program edisi keempat itu dianjur bagi mempersiap­kan pelajar sebelum menghadapi peperiksaa­n umum kelak.

Selain itu, katanya, ia juga sebagai landasan untuk mendekati pihak sekolah dalam membincang­kan masalah yang dihadapi sekali gus mencari pendekatan terbaik untuk penyelesai­annya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? ABANG Johari ditemani Fadillah (dua kanan) dan Iskandar menyampaik­an cenderahat­i kepada Ustaz Khalidi Ibrahim.
ABANG Johari ditemani Fadillah (dua kanan) dan Iskandar menyampaik­an cenderahat­i kepada Ustaz Khalidi Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia