Utusan Borneo (Sabah)

Empat beranak dipenjara dan sebat

Datuk, tiga anak lelaki dijel 25-30 tahun, 24 sebatan kerana rogol darah daging sendiri

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang datuk bersama tiga anak lelakinya bakal menghabisk­an sisa hidup mereka di sebalik tirai besi apabila dijatuhkan hukuman penjara 25 hingga 30 tahun selepas mengaku bersalah merogol dua gadis yang juga darah daging sendiri di Kampung Daha Seroban, Serian sejak enam tahun lepas.

Empat beranak terbabit yang berusia 26 hingga 56 tahun turut dijatuhkan hukuman sebat dan diarahkan menjalani kedua-dua hukuman (penjara dan sebatan) itu serentak untuk setiap pertuduhan bermula tarikh ditangkap.

Terdahulu, tertuduh pertama yang juga datuk kepada dua adikberadi­k malang terbabit mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol gadis berusia 19 tahun dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun untuk setiap pertuduhan serta 24 kali sebatan.

Difahamkan, tertuduh yang berusia 56 tahun melakukan kesalahan itu ke atas cucunya sejak 2013 sehingga Julai tahun ini.

Manakala, tertuduh kedua dan ketiga yang merupakan bapa kandung, 42, dan bapa saudara, 26, mengaku bersalah masingmasi­ng atas dua dan satu tuduhan merogol gadis yang sama dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun untuk setiap pertuduhan serta 24 sebatan.

Seorang lagi tertuduh yang juga merupakan bapa saudara mangsa dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 24 sebatan untuk dua pertuduhan selepas mengaku bersalah merogol mangsa sama.

Bagaimanap­un, tertuduh berusia 28 tahun itu turut dijatuhkan hukuman bagi dua lagi tuduhan yang dihadapiny­a iaitu penjara maksimum 30 tahun penjara untuk setiap pertuduhan kerana turut merogol adik mangsa.

Hakim Mahkamah Sesyen Marutin Pagan pada Jumaat menjatuhka­n hukuman tersebut di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Marutin turut mengarahka­n semua hukuman itu dijalankan serentak untuk setiap pertuduhan bermula dari tarikh ditangkap iaitu 11 Ogos lepas.

Kes itu dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhari Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili manamana peguam.

Kesemua tertuduh sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari bermula 12 Ogos lalu selepas mangsa melaporkan kepada polis perbuatan terkutuk mereka yang menimpa dirinya sejak berusia 13 tahun.

Difahamkan, mangsa (kakak) yang berusia 19 tahun disahkan hamil 12 minggu semasa pemeriksaa­n dilakukan di Hospital Serian pada 11 Ogos lepas.

Susulan itu, mangsa turut mendedahka­n bahawa adiknya yang berusia 14 tahun juga menjadi mangsa nafsu buas tertuduh sejak berusia sembilan tahun lagi.

Bertindak kepada laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serian menangkap keempat-empat tertuduh yang merupakan petani sekitar jam 3.30 petang hari yang sama.

“Empat beranak terbabit yang berusia 26 hingga 56 tahun turut dijatuhkan hukuman sebat dan diarahkan menjalani kedua-dua hukuman (penjara dan sebatan) itu serentak untuk setiap pertuduhan bermula tarikh ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia