Utusan Borneo (Sabah)

Kematian murid peringatan kepada masyarakat

-

KUCHING: Kes kematian yang melibatkan murid tahun satu sebuah sekolah berasrama di Kapit kelmarin disifatkan sebagai satu peringatan kepada masyarakat terutama ibu bapa, guru dan pengurusan sekolah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah berkata kes itu perlu dipandang serius dan ditangani di peringkat awal kerana ia melibatkan kematian mangsa dan suspek juga adalah pelajar bawah umur.

Ini penting, katanya, bagi mengelak perkara besar seperti kematian berlaku ekoran masalah pelajar atau salah faham yang timbul antara mereka yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkaitan.

“Apa yang berlaku (kes buli sehingga mati) ini sepatutnya menjadi peringatan dan kesedaran kepada semua pihak termasuk ibu bapa, guru, warden sekolah serta masyarakat itu sendiri bahawa salah faham yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak tidak seharusnya dipandang ringan dan dibiarkan.

“Ia adalah ibarat ‘bara api yang menjadi api’ jika tidak dibendung, masalah kecil yang tidak diketahui atau tidak ditangani, ia akan menjadi besar seterusnya memusnahka­n diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Sumbangan kepada 100 Penerima Bantuan Bulanan Kebajikan oleh Persatuan Heng Hua Seng Ing Tong Kuching di sini, pada Jumaat.

Penerimaba­ntuanterdi­ridaripada keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan berupa makanan dan wang tunai.

Menjawab pertanyaan media berhubung tindakan yang akan diambil oleh kementeria­n ke atas suspek itu, Fatimah berkata seharusnya menunggu keputusan dan tindakan daripada pihak polis.

“Kes ini sedang dalam siasatan polis jadi sebaiknya kita tunggu hasil siasatan tidak kiralah dari aspek pendakwaan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau juga percaya, tindakan suspek sehingga membawa kematian murid tahun satu itu pasti terdorong oleh sesuatu yang mengakibat­kan timbul salah faham antara mereka.

Dari sudut bantuan kepada keluarga mangsa, beliau memberitah­u, kementeria­n akan memberi kaunseling kepada keluarga mangsa selepas kes tersebut selesai disiasat oleh pihak polis.

Pada Khamis, seorang murid tahun satu meninggal dunia selepas dibelasah teruk oleh murid tahun enam di sebuah sekolah berasrama di Kapit.

Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 3.30 petang Khamis di Hospital Sibu ekoran kecederaan parah di kepala, selain turut terdapat kesan lebam di anggota badannya.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh dan suspek berusia 12 tahun ditahan untuk siasatan lanjut juga dibebaskan atas jaminan polis kerana dijadual perlu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia