Utusan Borneo (Sabah)

Atlet terharu pencapaian dapat pengiktira­fan

-

KOTA KINABALU : Pemegang rekod kebangsaan acara sukan lempar cakera kelahiran negeri ini Gabriel Moinjil, terharu apabila kejayaanny­a diiktiraf dan diabadikan untuk tatapan masyarakat dan generasi akan datang.

Kejayaan beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara terbabit pada temasya Sukan SEA Ke-15 di tanah air pada tahun 1989 dengan catatan lemparan sejauh 47.38 meter, seterusnya memberikan kilauan pingat gangsa kepada negara.

Bertugas sebagai Pegawai Belia dan Sukan Kanan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan, Gabriel berterima kasih kepada Jabatan Arkib Negeri Sabah yang mengiktira­f dan memaparkan kejayaanny­a melalui Pameran ‘Negaraku Malaysia, Sabah Tanah Airku’.

Pameran tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2017, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kompleks Beli Belah Suria Sabah.

“Sememangny­a saya amat terharu kerana kejayaan ini diletakkan sebaris dengan atlet sukan lain yang lebih terkenal seperti Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong.

“Sesungguhn­ya penghargaa­n ini terlalu besar bagi diri dan keluarga saya kerana setiap generasi dari keluarga saya pasti akan bangga dan menjadi dorongan kepada masyarakat untuk turut sama menjadi atlet terbaik Sabah.

“Penghargaa­n seperti ini suatu yang amat baik bagi menyuntik semangat anak Sabah untuk terus cemerlang di persada dunia sukan tanah air nanti,” katanya.

Mengenai acara lempar cakera pada hari ini semakin berkembang dan terus mencipta rekod-rekod baharu tanah air, beliau berpendapa­t kejayaan atlet negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang sering berjaya memperbaha­rui rekod lemparan merupakan suatu kemampuan yang luar biasa.

Katanya, walaupun Irfan tidak berjaya mencipta rekod baharu pada temasya Sukan Sea tahun ini, dengan catatan 58.36 meter berbanding rekod peribadiny­a 62.55 meter di Kejohanan Olahraga Austrian Top Meeting 2017 di Linz Austria, Gabriel tetap berbangga dengan kejayaan pingat emas disumbangk­an atlet itu.

Gabriel turut menyaranka­n semua pihak yang terlibat dalam pembanguna­n acara sukan lempar cakera di Sabah duduk semeja bersama persatuan, bekas atlet dan juga kementeria­n untuk mencari kaedah baharu bagi menaikkan semula sukan berkenaan.

Seorang lagi bekas atlet terbaik Sabah, Mohd Farid Govind Abdullah@ Peter Govind yang turut berbangga dengan pengiktira­fan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Sambutan hari kebangsaan pada tahun ini cukup bererti bagi saya dan keluarga apabila segala pengorbana­n mengharumk­an nama negara dihargai Kerajaan Negeri.

“Sejujurnya saya cukup terharu dengan penghargaa­n ini kerana bagi saya pengorbana­n ini pastinya akan terus dikenang dari generasi ke generasi akan datang”, ujarnya.

Anak kelahiran Kampung Tatabuan, Beluran itu mula berkecimpu­ng dalam dunia sukan olahraga sejak di bangku sekolah dan mewakili Sabah pada usia 17 tahun dan pernah mewakili negara di peringkat antarabang­sa bagi kategori veteran sekitar tahun 1987.

Kejayaan manis sepanjang penglibata­n beliau dalam acara olahraga apabila berjaya memberikan pingat gangsa kepada negara dalam acara larian 1,500 meter pada temasya Sukan Sea tahun 1972 di Kuala Lumpur.-

 ??  ?? (Gambar kiri) GABRIEL bangga terhadap pengorbana­n yang dicurahkan untuk negara.
(Gambar kiri) GABRIEL bangga terhadap pengorbana­n yang dicurahkan untuk negara.
 ??  ?? (Gambar atas) GABRIEL (dua dari kiri) menerangka­n kejayaan yang dicapainya kepada
Hajiji (dua dari kanan).
(Gambar atas) GABRIEL (dua dari kiri) menerangka­n kejayaan yang dicapainya kepada Hajiji (dua dari kanan).
 ??  ?? MOHD Farid menunjukka­n rentetan kejayaan dan pengorbana­nnya dalam dunia sukan.
MOHD Farid menunjukka­n rentetan kejayaan dan pengorbana­nnya dalam dunia sukan.
 ??  ?? MOHD Farid bersama isteri turut terharu dengan pengiktira­fan dan penghargaa­n yang diberi.
MOHD Farid bersama isteri turut terharu dengan pengiktira­fan dan penghargaa­n yang diberi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia