Utusan Borneo (Sabah)

Edisi sulung berprestij

Kejohanan Bola Baling Terbuka Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Baling Negeri Sabah (SABHA) membuka langkah besar bagi memartabat­kan sukan itu dengan penganjura­n edisi sulung kejohanan Terbuka Sabah di Juara Sport Arena, Kg. Ketiau Putatan.

Kejohanany­angberlang­sung pada 26-28 Ogos itu disertai 20 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita.

Walaupun dianjurkan buat julung kalinya, kejohanan itu melakarkan prestijnya di mana selain penyertaan dari pasukan tempatan Sabah, kategori lelaki turut disertai tiga pasukan dari Sarawak dan satu dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengarah kejohanan, Ag Ku Mohd Zulfadli Pg Jaafar berkata, pada awalnya dua pasukan lelaki dan satu wanita dari Sri Lanka juga dalam senarai peserta tetapi mereka menarik diri pada saat akhir ekoran masalah teknikal.

Apapun katanya, penyertaan yang ada adalah permulaan yang baik dalam usaha memartabat­kan sukan itu di negeri ini.

“Kejohanan ini bukan hanya mengenai merebut hadiah tetapi yang lebih penting adalah untuk memartabat­kan sukan bola baling di negeri Sabah.

“Kita mahu sukan ini juga popular dalam kalangan masyarakat kerana sebelum ini ia hanya dimainkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Selepas tamat sekolah, sukan ini juga hilang.

“Sehubungan dengan itu, kami berharap kejohanan ini akan jadi acara tahunan. Lebih baik jika ada dua atau tiga kejohanan peringkat negeri dalam setahun,” kata Zulfadli sambil berterima kasih kepada Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Pemuda Umno negeri dan Putatan kerana membantu menjayakan kejohanan itu.

Katanya, SABHA berharap agar sukan itu juga akan tersenarai sebagai salah satu sukan yang dipertandi­ngkan di Sukan Sabah (SAGA) pada masa depan.

Naib Ketua Pemuda Umno Sabah yang juga Ketua Pemuda Umno Putatan, Ir Shahelmy Yahya semasa merasmikan kejohanan berkenaan, mengalu-alukan usaha SABHA memartabat­kan sukan itu.

Shahelmy mewakili Ketua Pemuda Umno Sabah, Yamani Hafez Musa.

Beliau berharap, SABHA akan terus berusaha dan matlamatny­a membentuk pasukan bagi membawa cabaran Sabah pada Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan dapat direalisas­ikan.

Turut bersama pada majlis perasmian itu adalah Timbalan Setiausaha Tetap KBS Sabah, Haji Mat Jaidin Md Yassin.

 ??  ?? ZULFADLI menyampaik­an cenderaken­angan kepada Shahelmy (tengah). Turut bersama adalah Mat Jaidin (kiri). SHAHELMY bersama salah satu pasukan semasa diperkenal­kan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
ZULFADLI menyampaik­an cenderaken­angan kepada Shahelmy (tengah). Turut bersama adalah Mat Jaidin (kiri). SHAHELMY bersama salah satu pasukan semasa diperkenal­kan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia