Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti sukan seimbangka­n keperluan akademik dan fizikal

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU : Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti wajib dijalankan sepanjang tahun.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kejohanan padang dan balapan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaa­n sukan dalam kalangan murid sekolah.

Beliauberk­atabudayas­ukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperleng­kap kecemerlan­gan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Katanya, selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbang­an antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Sukan Tingkatan 6 Zon Tenggara 2017 di sini, barubaru ini.

Nizam turut menyeru ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulu­m kerana potensi dan penglibata­n pelajar dalam bidang kokurikulu­m akan membantu pelajar mencipta kecemerlan­gan dalam bidang kurikulum.

Menurutnya, dalam merealisas­ikan kemantapan sahsiah pelajar dengan lebih baik dan keputusan cemerlang dalam pendidikan, pelajar harus menseimban­gkan pendidikan akademik dan sukan.

“Apabila kedua-duanya dapat diselarika­n dengan seimbang pemikiran pelajar akan lebih cergas dan mutu pendidikan dapat dicapai seiring dengan misi pendidikan negara yang mewajibkan keduadua berjaya dilaksanak­an menerusi permulaan di peringkat sekolah,” ujarnya.

 ??  ?? NIZAM semasa diperkenal­kan kepada pasukan yang menyertai kejohanan itu.
NIZAM semasa diperkenal­kan kepada pasukan yang menyertai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia