Utusan Borneo (Sabah)

BAWA ANCAMAN TERBESAR Pemburuan haram di kawasan pemulihara­an hidupan liar

-

TONGOD:Aktiviti pemburuan haram terus menjadi ancaman terbesar kepada pemulihara­an hidupan liar di Sabah, menurut seorang pakar yang menegaskan bahawa kunci utama untuk menangani masalah ini ialah memperkuku­hkan penguatkua­saan di sekitar zon penampan.

“Sekiranya aktiviti pemburuan haram ini tidak dihentikan, populasi spesies hidupan liar yang dilindungi dan terancam di negeri ini akan menyusut dalam masa singkat,” kata Ketua Eksekutif Sabah Environmen­tal Trust Dr Rahimatsah Amat kepada Bernama.

Beliau merupakan antara 100peserta­yangmengam­bil bahagian dalam ekspedisi 10 hari di Batu Timbang, sebuah kawasan di barat daya Kawasan Pemulihara­an Kanyon Imbak (ICCA) di tengah Sabah, baru-baru ini.

Ekspedisi itu dibiayai oleh Petronas di bawah Kerjasama Kawasan Pemulihara­an Kanyon Imbak Yayasan Sabah-Petronas.

Rahimatsah berkata penting untuk meningkatk­an kehadiran pegawai penguatkua­saan di sepanjang zon penampan dan mengurangk­an cubaan oleh pemburu haram untuk menceroboh teras kawasan pemulihara­an itu.

“Sekiranya kita boleh melakukann­ya, kita akan dapat meminimumk­an kemasukan (pemburu haram) ke kawasan pemulihara­an,” katanya.

Isu berkenaan merupakan antara yang diperhatik­an semasa ekspedisi itu di kawasan strategik antara kawasan teras ICCA, dan hutan tebal bersebelah­annya, serta gua batu kapur di Hutan Simpan Batu Timbang.

Kerja-kerja lapangan mengesahka­n berdasarka­n pengawasan dan pemantauan awal oleh kakitangan ICCA bahawa kawasan Batu Timbang menjadi ‘hot spot’ bagi pemburu haram.

Rahimatsah berkata kehadiran hidupan liar yang sedikit di kawasan teras itu mungkin disebabkan kegiatan pemburuan haram yang berleluasa. Terdapat juga kesan grafiti pada pokokpokok, tambahnya.

“Ancaman terbesar buat ICCA, atau semua kawasan pemulihara­an di Sabah seperti Maliau Basin dan Lembah Danum, adalah aktiviti pemburuan haram,” katanya.

Antara dapatan semasa ekspedisi itu yang bermula pada 16 Ogos lepas, adalah penemuan tapak kaki Tembadau atau Banteng (lembu liar) yang dilindungi serta lapan spesies tumbuhan hiasan, Begonia. Empat daripadany­a adalah baharu dalam bidang sains.

Peserta ekspedisi itu terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-Taman Sabah, Pusat Biodiversi­ti Sabah dan MuziumSaba­h,sertabeber­apa universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF Malaysia, Program Pemulihara­an Orangutan HUTAN-Kinabatang­an dan Sabah Environmen­tal Trust.

Seramai 13 wartawan daripada pelbagai organisasi media dan wakil daripada Tourism Malaysia yang dibawa melawat ke ICCA bersempena dengan ekspedisi itu, berpeluang menyaksika­n kerja-kerja dilakukan saintis danpenyeli­dikketikam­elintasi hutan dan berhadapan dengan cuaca buruk.

Ekspedisi saintifik 2017 itu bertujuan mendapatka­n maklumat saintifik khususnya berkaitan biodiversi­ti, ciri-ciri fizikal, cabaran dan ancaman di kawasan itu.

Batu Timbang adalah satu daripada beberapa lokasi di ICCA yang diperuntuk­kan untuk penubuhan stesen penyelidik­an seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pengurusan Strategik ICCA 2014-2023.

Ini akan membolehka­n pengurusan cekap di zon penampan ICCA yang berkesan serta menilai potensi kerjasama dengan masyarakat sekitar untuk meminimumk­an ancaman kepada kawasan teras ICCA.

Satu lagi dimensi zon penampan, yang kebanyakan­nya hutan terjejas, adalah untuk mewujudkan hubungan antara kawasan dilindungi dan kawasan lebih luas yang mengelilin­ginya.

Petronas dan Yayasan Sabah mengumumka­n kerjasama mereka untuk memulihara ICCA pada 2011, yang merangkumi penubuhan Pusat Pembelajar­an Kanyon Imbak bernilai RM77 juta yang telahpun siap. - Bernama

Ancaman terbesar buat ICCA, atau semua kawasan pemulihara­an di Sabah seperti Maliau Basin dan Lembah Danum, adalah haram.” aktiviti pemburuan DR RAHIMATSAH AMAT Ketua Eksekutif Sabah Environmen­tal Trust

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia