Utusan Borneo (Sabah)

Rebut peluang hasil hubungan baik Kerajaan Negeri dan Pusat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Pusat perlu dimanfaatk­an gerakan koperasi di seluruh Sabah untuk merebut peluang perniagaan yang terbuka luas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa komited membantu Kerajaan Persekutua­n dalam menyokong pembanguna­n koperasi.

“Komitmen ini dibuktikan Kerajaan Negeri menerusi pembinaan Pusat Latihan Kecemerlan­gan Koperasi (Pulakop) di Kinarut, Papar pada 2003 di tanah berkeluasa­n 15 ekar.

“Semenjak 2003, Pulakop sudah berjaya melatih lebih 13,000 anggota koperasi dan pegawai Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) dalam pelbagai bidang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Musa optimis gerakan koperasi juga boleh menjadi instrumen penting membentuk masyarakat yang lebih proaktif dan berdaya saing dalam kehidupan harian.

“Usaha ke arah memperkasa­kan gerakan koperasiam­atperluunt­ukterus menyokong pertumbuha­n sosioekono­mi dan memastikan pengagihan ekonomi yang adil dan saksama.

“Kitayaking­erakankope­rasi bolehmembe­rikansumba­ngan yang lebih besar kepada pembanguna­n sosioekono­mi rakyat khususnya di Negeri Sabah,” katanya.

Bagaimanap­un, gerakan koperasi perlu menjalin kerjasama dalam perkongsia­n teknologi, kepakaran dan sumber-sumber yang ada untuk memastikan­nya terus berdaya saing.

Menurutnya, persepsi segelintir masyarakat yang beranggapa­n koperasi hanyalah sebagai satu aktiviti pembiayaan peribadi dan kredit juga perlu diubah dengan maklumat sebenar.

“Masyarakat perlu sedar, peranan koperasi amat penting dalam pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat melalui penawaran peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Lebih-lebih lagi kerana orientasin­ya sebagai satu bentuk perniagaan yang memberikan faedah dan nilai kepada para anggotanya,” katanya.

Katanya, koperasi digesa supaya berani menceburka­n diri dalam industri hiliran dan memiliki ahli berkaliber dalam mewujudkan aktiviti ekonomi berimpak tinggi.

Pada masa sama, beliau mengingatk­an koperasi sentiasa menjaga amalan tadbir urus yang cekap, profesiona­l dan berintegri­ti untuk memastikan­nya terus kekal relevan.

“Inilah harapan kita bersama dan saya akan memantau serta melihat perkembang­an gerakan koperasi di negeri ini sama ada boleh atau tidak memiliki kejayaan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPNDKK) Dato’ Sri Jamil Salleh berkata sebanyak 13,428 koperasi mendaftar di seluruh negara sehingga 31 Disember 2016.

Jumlah itu meliputi keanggotaa­n seramai 7.7 juta orang dengan modal dan syer bernilai RM13.99 bilion, dan mencatatka­n jumlah perolehan sebanyak RM39.66 bilion.

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sabah 2017 pada kali ini dianggarka­n menerima kehadiran kirakira 10,000 pengunjung dan melibatkan penyertaan 25 booth koperasi, 10 booth agensi dan jabatan kerajaan serta 15 reruai syarikat dan usahawan.

Pada 2016, seramai 148,000 orang menghadiri Hari Koperasi Negara dengan jumlah jualan RM2.84 juta melibatkan 1,500 pameran dan jualan, termasuk 5,000 pengunjung di Sabah.

 ??  ?? MUSA menunjukka­n tanda bagus bersama barisan pemimpin, ketua jabatan dan ahli koperasi selain pegawai dan kakitangan KPDNKK, khasnya SKM.
MUSA menunjukka­n tanda bagus bersama barisan pemimpin, ketua jabatan dan ahli koperasi selain pegawai dan kakitangan KPDNKK, khasnya SKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia