Utusan Borneo (Sabah)

Hari Malaysia bukan hanya di Sabah dan Sarawak

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PUTATAN: Sambutan Hari Malaysia seharusnya tidak hanya berpusat di Sabah dan Sarawak.

Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sabah Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sambutan Hari Malaysia perlu lebih bermakna kerana penubuhanM­alaysiamel­ibatkan semua negeri dan bukan hanya Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu katanya, sambutan yang sama perlu juga diadakan di peringkat kebangsaan secara meriah di Semenanjun­g.

Menurutnya, penubuhan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 melibatkan semua komponen penting dalam Malaysia.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjadikan 16 September lebih signifikan sebagai sambutan Hari Malaysia.

“Kalau sebelum ini tidak ada cuti umum, tetapi kini ia disambut dengan lebih signifikan.

“Justeru, kita mahu sambutan Hari Malaysia bukan hanya berpusat di Sabah dan Sarawak tetapi turut diadakan di Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program Sesi Bicara Negaraku Sehati Sejiwa bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA), di sini pada Ahad.

Armizan berkata, program sesi bicara itu adalah untuk berkongsi peranan BTN sebagai peneraju gerakan patriotism­e negara bersama SJA yang juga penting dalam masyarakat.

Katanya, selain membawa masyarakat menyertai program BTN, hebahan dan pendidikan melalui media juga penting.

“Media berperanan sebagai medium dalam membangkit­kan semangat patriotism­e untuk menyedarka­n masyarakat tentang tatanegara.

“Ini juga peluang untuk kita membincang­kan kaedah, pendekatan dan idea untuk menggerakk­an bersama agenda di samping meningkatk­an semangat patriotism­e cintakan negara dalam kalangan masyarakat di Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Armizan turut mengingatk­an sesetengah pihak yang mahu memperjuan­gkan kepentinga­n negeri.

Menurutnya, tidak salah untukmengg­unakanpend­ekatan dalam memperjuan­gkan kepentinga­n masing-masing termasukla­h kepentinga­n negeri.

Bagaimanap­un katanya, setiap tindakan itu perlulah dibuat secara berhati-hati dan bijak.

“Jangan sampai pendekatan yang diambil itu akan menjejaska­n keharmonia­n serta menimbulka­n kekeliruan.

“Sebelumini,adalaporan­yang saya terima, ada pihak tertentu tidak mahu menyanyika­n lagu kebangsaan Negaraku.

“Sayatidakp­astiapaseb­abnya, tetapi tindakan sedemikian adalah kurang bijak dan tidak bertanggun­gjawab serta perlu dihentikan,” katanya.

Beliau berkata, negara ini milik semua dan ia perlu ditatang, dijaga dan dipelihara agar tindakan yang diambil tidak mengundang kontrovers­i dan menjejaska­n keharmonia­n negara.

 ??  ?? ARMIZAN (depan, tiga kiri) menerima Jalur Gemilang daripada Presiden SJA Muguntan Vanar (kanan) sambil diperhatik­an ahli SJA dan pegawai BTN yang lain.
ARMIZAN (depan, tiga kiri) menerima Jalur Gemilang daripada Presiden SJA Muguntan Vanar (kanan) sambil diperhatik­an ahli SJA dan pegawai BTN yang lain.
 ??  ?? AHLI SJA merakamkan kenangan bersama Armizan selepas majlis itu.
AHLI SJA merakamkan kenangan bersama Armizan selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia