Utusan Borneo (Sabah)

Tidak boleh diganggu gugat

Masyarakat Anak Negeri Sabah punya kedudukan istimewa

-

“Selain

berbangga dengan martabat dan kedudukan khas yang diberikan, kita sebagai Anak Negeri Sabah juga harus berbangga dengan adat dan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kita. TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata masyarakat Anak Negeri Sabah tidak kira kaum Kadazan, Dusun, Murut, Bajau atau manamana kaum, masing-masing mempunyai kedudukan istimewa yang tidak boleh diganggu gugat.

Katanya, hak-hak istimewa Anak Negeri Sabah itu diiktiraf dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan undangunda­ng Kerajaan Negeri Sabah. Sebagai contoh, Mahkamah Anak Negeri Sabah yang telah wujud sejak 1881 dan pengikhtir­afan kepada peranan Ketua Anak Negeri Sabah.

“Selain berbangga dengan martabat dan kedudukan khas yang diberikan, kita sebagai Anak Negeri Sabah juga harus berbangga dengan adat dan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kita.

“Saya ingin tegaskan banyak adat dan tradisi tradisiona­l oleh nenek moyang kita adalah sangat berguna di dalam kehidupan bermasyara­kat.

“Namun begitu, disebabkan oleh arus pemodenan dan perkembang­an teknologi maklumat, sedikit sebanyak adat dan tradisi yang semakin terhakis,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pengenalan kepada Mediasi bagi Pemimpin-Pemimpin Masyarakat kawasan Parlimen Pensiangan, di sini pada Sabtu.

Beliau menyeru agar masyarakat Anak Negeri Sabah berusaha untuk mengekalka­n tradisi serta adat yang merupakan identiti kebudayaan dan juga tunjang kepada kehidupan yang aman, sejahtera dan harmoni. Bak kata orang tua-tua, ‘Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat’.

Apabila bercakap mengenai adat dan tradisi, beliau turut menyentuh sistem nilai kebenaran dan kejujuran masyarakat anak Negeri Sabah yang patut difahami dan diamalkan.

Beliau masih ingat, masyarakat Anak Negeri Sabah begitu mementingk­an kejujuran dan kebenaran. Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kes jenayah di kampung atau rumah panjang, seluruh masyarakat akan bersatu padu untuk memulaukan pelaku salah terbabit.

Akibat beban malu yang ditanggung, pelaku salah akan meninggalk­an kampung atau rumah panjang. Ia adalah contoh sistem nilai kebenaran dan kejujuran yang perlu diamalkan oleh masyarakat Anak Negeri Sabah.

Menurut beliau, tidak perlu sebarang hukuman secara fizikal tetapi pegangan prinsip kebenaran dan kejujuran telah cukup untuk memastikan kehidupan bermasyara­kat yang aman dan sejahtera.

Selain itu, masyarakat anak Negeri Sabah juga adalah golongan yang sangat jujur dan berprinsip.

“Saya masih ingat dengan hanya meletakkan sehelai kain atau sebilah pisau sahaja untuk menandakan hak milik seseorang terhadap satu pohon buah, ia sudah memadai. Tidak akan ada orang yang akan merebut hak milik pohon buah itu kerana ia sudah dimiliki secara sah.

“Bayangkan betapa kuatnya sistem kejujuran dan keteguhan prinsip masyarakat Anak Negeri Sabah. Dengan keteguhan prinsip dan kejujuran ini, kita dapat hidup secara aman, sejahtera dan harmoni sejak berzaman lagi.

“Akan tetapi, disebabkan oleh arus pemodenan dan kemajuan teknologi komunikasi, terdapat banyak adat dan prinsip masyarakat Anak Negeri Sabah yang saya lihat semakin terhakis,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, tidak perlulah dijelaskan dengan lebih lanjut tetapi meminta agar Ketua Anak Negeri Sabah dan ketua masyarakat yang hadir pada hari berkenaan untuk ambil maklum dan berusaha mengembali­kankegemil­angan adat serta tradisi masyarakat Anak Negeri Sabah yang dibanggaka­n itu.

Beliau memberitah­u bahawa di dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak-Hak Orang Asal, terdapat beberapa perkara yang telah dipersetuj­ui di peringkat antarabang­sa.

Antaranya, mempersetu­jui bahawa hak masyarakat Orang Asal adalah sama dengan orang lain, malahan mempunyai hak untuk diakui sebagai berbeza dan harus dihormati di atas perbezaan itu dan mempersetu­jui bahawa masyarakat Orang Asal menyumbang kepada perkembang­an tamadun serta kepelbagai­an dan keunikan budaya masyarakat dunia.

“Saya dengan bangganya ingin menyatakan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri telah lama mengakui hak-hak keistimewa­an masyarakat Anak Negeri Sabah sepertiman­a yang terkandung dalam deklarasi itu.

“Artikel3di­dalamDekla­rasi PBB Mengenai Hak-Hak Orang Asal ada menyebut bahawa Orang Asal berhak memilih tujuan dan nasib kehidupan mereka sendiri, berhak ke atas pembanguna­n politik, ekonomi dan budaya mereka.

“Oleh itu, berdasarka­n artikel ini, saya ingin menyeru masyarakat­AnakNegeri­Sabah agar turut bersama-sama di dalam arus perdana politik, pembanguna­n ekonomi serta kemajuan budaya dalam agenda pembanguna­n nasional untuk kebaikan kita bersama,” katanya.

Kurup berkata, Malaysia akan bergerak ke arah negara maju dan menjelang tahun 2050 di mana dalam Pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kerajaan berhasrat untuk berada di kelompok teratas negara-negara maju di dunia.

Oleh itu, katanya, masyarakat Anak Negeri Sabah jangan sesekali ketinggala­n tetapi samasama menyumbang tenaga dan mengorak langkah agar pada tahun 2050, mereka akan berdiri sama tinggi dalam kalangan masyarakat maju dunia.

Bengkel yang dihadiri oleh pengamal adat di Parlimen Pensiangan itu telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka) dengan kerjasama Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah dan Sabah Law Associatio­n.

Turut hadir, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak yang juga Presiden Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang juga Hakim Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Martin Idang dan Shireen Leandra Sikayun yang memberikan penerangan serta penjelasan lebih lanjut mengenai proses mediasi.

 ??  ?? KURUP bersama Richard, Douglas, Martin Idang dan Shireen bersama pengamal adat dari Parlimen Pensiangan.
KURUP bersama Richard, Douglas, Martin Idang dan Shireen bersama pengamal adat dari Parlimen Pensiangan.
 ??  ?? RICHARD menyampaik­an cendera kenangan kepada Kurup.
RICHARD menyampaik­an cendera kenangan kepada Kurup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia