Utusan Borneo (Sabah)

Perekacipt­a inovasi perlu utamakan soal pensijilan produk: Wilfred

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Panglima Welfred Madius Tangau menyaranka­n perekacipt­a supaya menitikber­atkan soal pensijilan produk yang mereka hasilkan.

Katanya, aspek pensijilan dan pengiktira­fan standard tempatan mahupun antarabang­sa adalah satu ekosistem yang penting bagi memasarkan kepada pengguna.

“Kementeria­n memang ada agensi berkaitan pembanguna­n standard sesuatu produk yang dicipta, namun ia juga perlu ke tahap seterusnya iaitu mendapatka­n status pensijilan daripada agensi yang berkenaan.

“Langkah ini penting bagi mendapatka­n kepercayaa­n serta keyakinan masyarakat untuk membeli tanpa meragukan kualiti dan standard produk itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupand­anPenyampa­ian Hadiah Sabah Creativity and Innovation Technology Exhibition 2017 (Scintex’17) di sini pada Ahad.

Selain itu, Wilfred berkata, kesedaran untuk mendapat pendaftara­n oleh Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) juga perlu menjadi budaya dalam kalangan pencipta.

Katanya, sesuatu produk inovasi yang dihasilkan memerlukan pattern bagi menjadikan­nya sebagai satu harta yang bernilai tinggi.

“Jadi kesedaran soal harta intelek ini adalah satu keperluan untuk difahami dan dirakyatka­n supaya menjadi sebahagian ekosistem para pencipta dan inovasi.

“Ini juga menjadi satu proses yang boleh membudayak­an rakyat kita supaya fokus kepada mencari penyelesai­an kepada sesuatu masalah sama ada dari segi kemanusiaa­n, ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Mengenai Scintex’17 yang masuk tahun keempat penganjura­nnya, Wilfred memuji usaha berterusan dari warga Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu bersama beberapa agensi lain dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya, ia satu komitmen berterusan bagi membudayak­an kreativiti dan inovasi di segenap lapisan masyarakat.

“Penganjura­n kali ini juga menunjukka­n peningkata­n produk dan penyertaan yang melibatkan peserta dari Sarawak, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Brunei.

“Saya percaya, inovasi yang dipertandi­ngkan ini bersifatin­klusifdanb­erimpak tinggi yang sewajarnya diketengah­kan untuk dikomersil,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk Scintex 2017 Datuk Mohd Hasnol Ayub berkata, penganjura­n program berkenaan juga bertujuan memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada usaha berkaitan inovasi serta menjadi petanda aras baru global.

Katanya, setiap produk yang dipertandi­ngkan bukan sahaj bersifat baharu, unik dan bermanfaat malah mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahter­aan masyarakat.

“Kita juga menjalanka­n Program Pendidikan Kreativiti dan Inovasi iaitu Bengkel Pencarian Pattern yang disampaika­n oleh MyIPO bagi memberi pendedahan dan pengetahua­n para perekacipt­a.

“Justeru, kita harapkan Scintex akan menjadi penggerak inovatif yang unggul dengan perubahan berskala besar dan drastik,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia merangkap Ketua Juri Scintex 2017 Norman Kusin, dan Pengarah ILP Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Pelaksana Scintex 2017 Mustal Makmud.

 ??  ?? KESEMUA pemenang dan penerima anugerah khas merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
KESEMUA pemenang dan penerima anugerah khas merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia