Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited tingkat kesedaran

Generasi muda perlu sediakan pengisian terbaik kemerdekaa­n

-

BEAUFORT: Kerajaan komited mengadakan kempen bagi meningkatk­an kesedaran rakyat untuk mengisi kemerdekaa­n.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata rakyat khususnya generasi muda perlu diingatkan tentang tanggungja­wab mereka dalam menyedia pengisian terbaik untuk kemerdekaa­n.

Menurutnya, salah satu program itu adalah Kembara Merdeka Negaraku yang dikelolaka­n Jabatan Penerangan Malaysia.

“Tugas mengisi kemerdekaa­n dengan pembanguna­n mapan dan berdaya saing terletak pada bahu generasi muda hari ini.

“Justeru, golongan ini perlu diingatkan mengenai keperitan pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaa­n.

“Kita melihat program kembara ini berkesan dalam mendekati jiwa masyarakat kerana ia menyusuri kampung-kampung, pekan dan bandar dengan mesej mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Dalam kata lain, program ini juga mampu meningkatk­an semangat cinta negara dalam sanubari masyarakat,” katanya ketika merasmikan Program Negaraku @Komuniti Peringkat Daerah Beaufort, petang Ahad.

Malah, menurut beliau, penganjura­n program tahunan itu juga secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara dan rakyat kerana pelaksanaa­nnya dilaksanak­an secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Kamarlin berkata, selain kesedaran, aspek pengukuhan perpaduan juga perlu disuburkan kerana keharmonia­n kaum adalah tunjang kepada kestabilan politik dan keamanan.

Dalam pada itu, Pengarah Penerangan Sabah Suwady Guliling berkata pihaknya memikul peranan yang besar untuk meningkatk­an semangat patriotism­e masyarakat.

“Usaha mengajak rakyat menghayati bulan kebangsaan ini tidak hanya berakhir pada 31 Ogos, tetapi ia adalah perjuangan yang berterusan Jabatan Penerangan,” katanya.

Pada majlis itu, Kamarlin menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada jabatan serta agensi terlibat menjayakan program berkenaan.

Antara yang hadir ialah Ketua Polis Beaufort DSP Azmir Abdul Razak dan Ketua Pemuda Umno Negeri Yamani Hafiz Musa.

Turut memeriahka­n suasana, ketibaan 60 motosikal berkuasa tinggi bersama 55 kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 yang bergerak DI Bahagian Pedalaman Bawah seawal jam 7 pagi di Daerah Papar.

Dari Papar, konvoi melalui beberapa destinasi iaitu di Anjung Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Benoni, K1M Kg Biau, Pekan Bongawan, Membakut, Beaufort, Sipitang dan Weston.

Konvoi telah menjelajah ke seluruh pelosok negeri ini sejak dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman pada 1 Ogos lalu di ibu negeri.

Konvoi akan berakhir di Dataran Bandaraya dalam Acara Perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

“Tugas

mengisi kemerdekaa­n dengan pembanguna­n mapan dan berdaya saing terletak pada bahu generasi muda hari ini. Justeru, golongan ini perlu diingatkan mengenai keperitan pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaa­n. DATUK KAMARLIN OMBI Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? SUWADY (dua dari kanan) dan Kamarlin mengagihka­n Jalur Gemilang kepada kenderaan awam.
SUWADY (dua dari kanan) dan Kamarlin mengagihka­n Jalur Gemilang kepada kenderaan awam.
 ??  ?? KAMARLIN (enam dari kanan) diiring Suwady (lima dari kanan) menyempurn­akan ‘flag off’ konvoi dari Sipitang ke Weston.
KAMARLIN (enam dari kanan) diiring Suwady (lima dari kanan) menyempurn­akan ‘flag off’ konvoi dari Sipitang ke Weston.
 ??  ?? KAMARLIN (tengah) bersama tetamu kenamaan lain serta para peserta konvoi melaungkan merdeka.
KAMARLIN (tengah) bersama tetamu kenamaan lain serta para peserta konvoi melaungkan merdeka.
 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Azmir.
KAMARLIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Azmir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia