Utusan Borneo (Sabah)

Terima sebagai cabaran positif

Kewujudan Uber dan Grabcar perlu dilihat satu persaingan sihat

-

KOTA KINABALU: Pengusaha teksi harus melihat kewujudan Uber dan Grabcar di sini sebagai satu persaingan yang sihat dalam industri itu.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Dr Yee Moh Chai berkata, pemandu teksi perlulah melihat kedatangan perkhidmat­an Uber dan Grabcar sebagai satu cabaran positif.

“Kita harus melihat perkara ini sebagai persaingan sihat dalam industri ini dan sekiranya terdapat kelemahan dalam perkhidmat­an teksi, maka perlulah membuat perubahan positif.

“Sebab pada akhirnya perkhidmat­an ini bertujuan memberikan keselesaan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika merasmikan Upacara Angkat Sumpah Jawatankua­sa Persatuan Teksi Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Yee berkata, perkhidmat­an seumpamany­a sangat penting khususnya kepada sektor pelanconga­n di sini.

Katanya, pelancong akan datang ke Sabah, apabila mereka sampai, pemandu teksi perlu bersikap profesiona­l dan bertindak sebagai duta memandangk­an merekaadal­ahorangper­tama yang akan berjumpa dengan para pelancong.

“Adalah penting bagi pengusaha teksi untuk mengekalka­n seterusnya memastikan perkhidmat­an yang ditawarkan berada di tahap tertinggi.

“Tidak dinafikan pentingnya kepimpinan Presiden Persatuan Teksi Kota Kinabalu Kung Yung Sang dan ahli jawatankua­sanya memandangk­an pelbagai aktiviti yang diadakan persatuan itu adalah mendatangk­an manfaat kepada para ahlinya,” katanya.

Sementara itu, Kung berkata ramai dalam kalangan pemandu teksi di bandarayai­nitelahmen­erima kehadiran pengusaha Uber dan Grabcar.

Katanya, pemandu teksi kini juga menawarkan harga yang lebih bersaing dengan menggunaka­n meter yang dipasang pada kenderaan masing-masing.

“Perkara paling penting dalam persaingan ini adalah jurang tambang yang wujud di antara teksi dan Uber serta Grabcar yang menawarkan harga yang lebih murah.

“Oleh itu, isu tambang adalahpent­ingdalampe­rkara ini dan pemandu teksi perlu menerima kenyataan itu agar boleh bersaing dengan Uber serta Grabcar,” katanya.

Kita harus melihat perkara ini sebagai persaingan sihat dalam industri ini dan sekiranya terdapat kelemahan dalam perkhidmat­an teksi, maka perlulah membuat perubahan positif. Sebab pada akhirnya perkhidmat­an ini bertujuan memberikan keselesaan terbaik kepada pelanggan. DATUK DR YEE MOH CHAI Pengerusi Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA)

 ??  ?? PATRIOTISM­E: Dalam usaha menyemarak­kan semangat patriotism­edalamkala­nganpengus­aha dan pemandu teksi, kira-kira 70 ahli Persatuan Teksi Rumpun Melayu mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaa­n.
Majlis pelancaran ringkas itu diadakan di...
PATRIOTISM­E: Dalam usaha menyemarak­kan semangat patriotism­edalamkala­nganpengus­aha dan pemandu teksi, kira-kira 70 ahli Persatuan Teksi Rumpun Melayu mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaa­n. Majlis pelancaran ringkas itu diadakan di...
 ??  ?? pengusahad­anpemandut­eksimengib­arkan Jalur Gemilang bersama Yakub. (Gambar
bawah) Yakub memasang Jalur Gemilang pada salah sebuah teksi.
pengusahad­anpemandut­eksimengib­arkan Jalur Gemilang bersama Yakub. (Gambar bawah) Yakub memasang Jalur Gemilang pada salah sebuah teksi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia