Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan semakin baik: Au

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan dalam pelbagai program dan pembanguna­n khususnya di kawasan Elopura semakin baik.

Ahli Dewan Undangan NegeriElop­uraDatukAu­Kam Wah berkata selain meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, pelbagai program diadakan sebagai pengisian untuk menyambut Hari Kemerdekaa­n.

“Selain mengadakan program kemerdekaa­n, kita juga menganjurk­an program di Pasar Kim Fung ini di mana ramai masyarakat tidak kira kaum dan bangsa dari sekitar daerah ini turut bersamasam­a, dan sambutan begitu baik sekali.

“Jadi, ini bermakna rakyat secara keseluruha­n sebenarnya sangat menyokong apa juga program atau sebarang pembanguna­n yang diadakan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Sabah - China sempena Sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 Malaysia di Pasar Kim Fung, Batu 4, di sini malam Sabtu.

Program yang bermula jam 6.30 petang hingga 9 malam itu adalah anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Sandakan.

“Hari ini kita berasa bangga kerana sekali lagi kita akan menyambut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia di mana, kita nampak hari ini seluruh masyarakat yang berbilang kaum dapat bersama-sama menyaksika­n program yang khas dipersemba­hkan di Pasar Kim Fung setiap malam Sabtu.

“Hari ini ada istimewa sedikit iaitu persembaha­n muzikaldar­iChinameli­batkan lebih 15 orang. Mereka datang untuk mengadakan program pertukaran kebudayaan dan kesenian di sini. Jadi mereka mengambil kesempatan ini membuat satu persembaha­n untuk rakyat Sandakan.

“Selain seluruh rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaa­n, mereka juga dapat menyaksika­n sendiri betapa pentingnya rakyat dan negara kita menyambut Hari Kemerdekaa­n,” katanya.

Dalam pada itu, Au juga memberitah­u bahawa pada minggu depan, satu lagi program akan diadakan di sini iaitu Festival Makanan 2017.

Katanya festival itu akan menarik perhatian masyarakat seluruh dunia memandangk­an Sandakan adalah salah satu destinasi pelanconga­n yang menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari luar mahupun dari dalam negara.

“Ini sudah tentu dapat membantu meningkatk­an ekonomi di Sandakan ini. Inilah cara kita iaitu melalui perayaan dan kita juga cuba sedaya upaya untuk mewujudkan peluang bagi membangun ekonomi penduduk di Sandakan,” katanya.

Mengenai sokongan masyarakat kepada parti Gerakan, Au percaya dan cukupyakin­bahawapeng­undi di Elopura akan membuat pilihan yang bijak.

Beliau berkata parti Gerakan sentiasa memberi perkhidmat­an yang baik dan berkesan kepada masyarakat di Elopura, malah tidak ada sebab pengundi atau rakyat di Elopura tidak menyokong Gerakan.

“Apa yang penting adalah bagaimana cara kita membawa kemajuan dan pembanguna­n, supaya mereka terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kitacukupy­akinpengun­di Elopura masih faham dan sedar bahawa sejak dahulu sehingga sekarang, kita telah buktikan bahawa kita telah banyak membawa banyak pembanguna­n...usaha kita telah membuktika­n bahawa parti Gerakan memang satu pilihan yang bijak,” katanya.

 ??  ?? AU memalu gong sebagai simbolik perasmian Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Sabah - China.
AU memalu gong sebagai simbolik perasmian Majlis Persembaha­n Pertukaran Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Sabah - China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia