Utusan Borneo (Sabah)

Taman-Taman Sabah anjur Kursus Renjer Kehormat

-

KENINGAU:Taman-Taman Sabah telah menganjurk­an Kursus Renjer Kehormat Taman 2017/2020 selama empat hari, di sini.

Kursus itu melibatkan seramai 53 Renjer Kehormat yang terdiri daripada wakil komuniti Taman Tun Mustapha, wakil komuniti pengusaha Homestay Eko Pelanconga­n di sekitar Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker.

Pelaksanaa­n program itu merupakan lanjutan daripada Program Renjer Kehormat Taman 2014/2017 dengan beberapa penambahba­ikan seperti mempermuda­hkan kaedah bayaran elaun dan pertugasan, pelantikan Renjer Kehormat Taman dari wakil komuniti sekitar taman yang sedang mengusahak­an ekopelanco­ngan dan pelantikan wakil dari Zon Kegunaan Komuniti (CUZ) Kg Ulu Senagang-Mongool Baru.

Sepanjang kursus berlangsun­g, para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai bentuk latihan yang meliputi pengetahua­n peserta berhubung objektif dan fungsi Taman-Taman Sabah, Enakmen Taman 1984, kepelbagai­an flora dan fauna di samping pendedahan tentang pelbagai isu taman di lapangan.

Parapesert­ajugadided­ahkan tentang penggunaan GPS, kompas, taksiran peta grid dan kaedah membuat laporan serta satu sesi perkongsia­n pengalaman bersama Jabatan Hidupan Liar dan Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Majlis penutupan dan penyampaia­n watikah pelantikan Renjer Kehormat Taman telah disempurna­kan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TamanTaman Sabah Dato’ Sri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Tengku Zainal berharap agar Renjer Kehormat Taman yang telah dilantik turut memainkan peranan mendidik dan menjelaska­n apakah kepentinga­n pemulihara­an sumber alam semulajadi dan sumbangan yang boleh diberikan oleh komuniti setempat untuk faedah bersama.

“Pelantikan ini juga diharapkan menjadi saluran kepada para peserta untuk menyumbang­kansamaada­dari segi masa, tenaga, kewangan atau buah fikiran bagi meningkatk­an pengurusan Taman-Taman Sabah.

“Pihak pengurusan TamanTaman Sabah akan sentiasa memantauda­nmenambahb­aik program Renjer Kehormat Taman dari masa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Zainal (duduk, empat dari kanan) bersama penganjur dan peserta kursus.
TENGKU Zainal (duduk, empat dari kanan) bersama penganjur dan peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia