Utusan Borneo (Sabah)

Tiga graduan ILP rangkul anugerah melalui TVET

- PETRUS Oleh ALFRED

KOTA KINABALU: Institut Latihan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (ILJTM) dilihat mampu menyumbang kepada keperluan negara dalam melahirkan lebih banyak tenaga mahir menjelang 2020.

Ia dapat dibuktikan dengan lahirnya graduan dari Institut Latihan Perindustr­ian Sabah dan Labuan yang mana berjaya mengambil peluang memajukan diri melalui kemahiran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

GraduanKur­susTeknolo­gi Binaan Bangunan ILP Labuan Muhamad Din Duin berkata dengan dorongan yang diberikan oleh keluargany­a membuatkan beliau untuk terus berusaha sehingga mampu mewakili negara ke pertinding­an World Skills di Abu Dhabi pada Oktober.

Pada mulanya, dia turut mendapat dorongan daripada tenaga pengajar ILP Labuan untuk menyertai sebarang pertanding­an kemahiran dalam negara sebelum merangkul beberapa anugerah pertanding­an yang disertainy­a.

“Saya banyak mendapat banyak dorongan daripada kedua orang ibu bapa saya untuk terus berusaha dan juga dari tenaga pengajar ILP labuan sendiri yang mendorong masuk pertanding­an ini sampai mencapai tahap tertinggi Oktober nanti.

“Sebelum ini, pencapaian saya adalah mendapat pingat emas dalam pertanding­an World Skills Malaysia Belia (WSMB) pada 2015 dan dari situ, saya turut berjaya mewakili negara pada pertanding­an kemahiran Asean (ASC) pada 2016,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesye­n ILJTM ke-22 2017 di Dewan Rafflesia ILP, di sini pada Ahad.

Beliau yang menerima Anugerah Graduan Terbaik dan Anugerah Khas pada majlis itu berkata pada pertanding­an berkenaan sekali lagi dia memperoleh pingat emas yang mana melayakkan­nya untuk mewakili Malaysia ke World Skills di Abu Dhabi yang akan berlangsun­g pada Oktober.

Beliau yang berasal dari Kunak berharap dapat mengharumk­an nama negara dengan membawa pulang pingat emas melalui pertanding­an bertaraf dunia berkenaan.

Dalam pada itu, Muhamad Din sedang menjalani latihan bersama pakar negara di Perhebat Kem Sungai Buloh.

“Sebelum ini, enam bulan pertama saya jalani latihan di Labun dan tiga bulan terakhir ini saya jalani latihan di Centre of Excellence Perhebat.

“Namun, untuk bergaduasi saya fokus dahulu pertanding­an ini, dan niat sayabermin­atuntuksam­bung belajar di peringkat empat dalam Teknologi Binaan Sivil dan Struktur selepas pertanding­an berakhir,” jelasnya.

Manakala, graduan kursus Teknologi Binaan Paip dan Sanitari ILP Labuan RizdzuanSi­bawonberka­tabagi membantu ahli keluargany­a dia mula berjinak-jinak dengan TVET sehingga mampu membuktika­n diri boleh dengan kemahiran yang diperoleh melalui ILP.

Penerima Anugerah Graduan Terbaik dan Anugerah Khas itu berkata daripada kursus yang dipelajari di ILP itu, dia tekad untuk mempelajar­i dan memperbaik­i diri melalui program kemahiran sehingga mampu merangkul anugerah dalam ASC 2016 dan WSMB 2015.

“Antara pencapaian yang terbaik melalui kemahiran yang saya peroleh ini adalah dengan menyertai ASC pada 2016 untuk mewakili Malaysia dan mendapat tempat kedua.

“Ini adalah pencapaian tertinggi yang saya pernah peroleh. Selain itu, saya juga pernah menyertai WSMB2015 dan mendapat tempat pertama,” jelasnya.

Anak kelahiran Pensiangan itumenjadi­kankekanga­nstatus ekonomi keluarga sebagai pendorong beliau untuk lebih berusaha memajukan diri melalui TVET.

Sementara itu, anak kelahiran Keningau Mohd Firdaus Safran yang juga graduan kursus Teknologi Komputer Sistem ILP Kota Kinabalu bercita-cita untuk melanjutka­n pengajiann­ya ke Ijazah Sarjana Muda selepas tamat Diploma Sistem Teknologi Komputer di Melaka.

Beliau yang turut mendapat Anugerah Graduan Terbaik dan Anugerah Khas pada majlis konvokesye­n itu berharap menjadi seorang yang berjaya melalui bidang kemahiran yang diceburi.

Dengan berbekalka­n pengalaman menyertai ASC 2016, beliau ingin membuktika­n kepada masyarakat bahawa TVET adalah sistem pembelajar­an terbaik masa kini.

Dalam pada itu, beliau turut terdorong memajukan diri melalui kedua abang dan kakaknya yang masingmasi­ng sedang bekerja sebagai seorang pendidik dan melanjutka­n pelajaran di Amerika Syarikat dalam jurusan Kejurutera­an Komputer.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri: Muhamad Din, Rizdzuan dan Firdaus menunjukka­n anugerah yang mereka peroleh pada konvokesye­n berkenaan.
DARI kiri: Muhamad Din, Rizdzuan dan Firdaus menunjukka­n anugerah yang mereka peroleh pada konvokesye­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia