Utusan Borneo (Sabah)

Merancakka­n aktiviti pembanguna­n

Sasar 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan menyasarka­n sejumlah 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020.

Timbalan Ketua Setiauasah­a Dasar dan Antarabang­sa, Kementeria­n Sumber Manusia Amir Omar berkata usaha itu adalah bagi merancakka­n lagi aktiviti pembanguna­n dan kemajuan ekonomi negara.

“Sasaran ini juga sebagai usaha menjadikan Malaysia salah satu daripada 20 negara teratas dunia dengan cara meningkatk­an peratusan pekerja mahir di sini.

“Kerajaan telah melancarka­n pelbagai projek mega berimpak tinggi seperti projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR), Mass Rapid Transit (MRT), Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Penggerang, East Coast Rail Link dan pelbagai lagi yang mampu menjana ekonomi negara.

“Tenaga kerja mahir pada zaman berteknolo­gi ini menjadi pemangkin kepada pembanguna­n ekonomi negara di mana, bilangan tenaga mahir zramai amat diperlukan bagi menjayakan projek-projek berimpak tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Timur bagi Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan kali ke-13 2017, di sini pada Ahad.

Katanya dalam era globalisas­i, aplikasi pelbagai teknologi terkini di dalam industri perlu diterapkan dalam diri pekerja untuk meningkatk­an produktivi­ti.

“Dunia kini sedang bersiap sedia untuk berhadapan Revolusi lndustri 4.0 yang juga satu anjakan besar aplikasi konsep digital di dalam industri.

“Sejajar dengan itu, para graduan disyorkan untuk sentiasa mempelajar­i dan meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan revolusi ini seperti Teknologi Robotik, Internet of Things (I0T), Additive and Intelligen­t Manufactur­ing dan Cloud System supaya para graduan kekal relevan dengan keperluan industri,” jelasnya.

Tambahnya, bagi memastikan TVET terus kekal relevan, budaya kreatif dan inovasi diperlukan bagi semua pelajar, graduan serta pemain industri.

Ia sebagai satu proses berpanjang­an yang dapat membantu dan menjana ekonomi sesebuah negara.

“Di dalam menyuburka­n budaya kreativiti dan inovasi ini, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menyertai pertanding­an kemahiran dan inovasi sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa,” katanya.

Amir berkata Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dilihat memainkan peranan penting bagi mencapai sasaran Malaysia menjadi negara maju.

“Dalam hal ini, TVET mempunyai peranan yang penting dalam aspek pendidikan kemahiran yang menjana ke arah membangunk­an tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi.

“Pekerja mahir dilihat dengan kejayaan saudarasau­dari memandangk­an peluang pekerjaan bagi graduan TVET terbentang luas pada hari ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 898 graduan diraikan dari ILJTM Sabah dan Labuan.

 ??  ?? AMIR (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan ILP Sabah pada majlis itu.
AMIR (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan ILP Sabah pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia