Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan keamanan dikecapi Kempen Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat perpaduan

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatk­an rakyat di negeri ini supaya sentiasa mensyukuri dan mengekalka­n keamanan yang dikecapi pada masa ini.

Beliau berkata sekiranya keamanan itu tidak dipelihara, dikhuatiri negara ini akan menjadi kucar-kacir seperti negara-negara yang dilanda peperangan. “Peperangan mengakibat­kan rakyat menjadiman­gsadanadar­akyat yang terpaksa melarikan diri kerana mereka merasa tidak selamat berada di negara sendiri.

“Oleh itu, kita patut merasa bertuah kerana kita bebas ke mana sahaja dalam negara kita disebabkan keamanan yang dikecapi sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2017 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), di sini pada Sabtu.

Jainab berkata Kempen Kibar Jalur Gemilang dilihat akan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“Kita harus bersatu untuk menjadi sebuah negara bangsa yang kuat. Sejarah juga membuktika­n kekuatan sesuatu negara itu bukan hanya terletak kepada kepimpinan­nya tetapi juga kepada jati diri dan permuafaka­tan rakyat jelata.

“Dengan itu, marilah kita menjadi rakyat bertanggun­gjawab menurunkan fakta sejarah yang sebenar kepada generasi akan datang,” katanya.

Jainab juga menyaranka­n semua pihak agar bermuhasab­ah diri sempena Bulan Kemerdekaa­n ini.

“Tanya pada diri adakah kita pernah melakukan perbuatan yang mungkin mencetuska­n persengket­aan dan menggugat keamanan negara. Jika ada, ambil langkah bijak untuk bertaubat dan jangan mengulangi perkara yang sama,” katanya.

Beliau juga memuji usaha JPNIN yang sangat komited untuk melaksana pelbagai program menggalakk­an interaksi masyarakat bagi membolehka­n rakyat menyemai nilai kesepaduan.

 ??  ?? JAINAB bersama kanak-kanak Tadika Perpaduan semasa pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang.
JAINAB bersama kanak-kanak Tadika Perpaduan semasa pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia