Utusan Borneo (Sabah)

Peter nafi lakukan salah laku sebagai kontraktor

- Oleh DELLROY

TENOM: Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony menafikan dengan sekerasker­asnya dakwaan pihak tidak bertanggun­gjawab kononnya beliau melakukan perbuatan salah laku sebagai kontraktor ketika menjalanka­n kerja di Universiti Malaysia Sabah (UMS) melibatkan peruntukan sebanyak RM42 juta dua tahun lalu.

Dakwaan itu ditularkan melalui laman sosial berulang kali, kononnya kes itu sedang disiasat oleh pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan tuntutan palsu.

Berikutan dakwaan liar itu, Peter telah menyerahka­n kepada panel peguamnya untuk melakukan penelitian dan siasatan dari segi perundanga­n untuk mengheret pihak yang bertanggun­gjawab itu ke muka pengadilan.

“Walaupun saya kesal dengan perbuatan itu kerana cuba mengaibkan nama saya tetapi dalam masa yang sama, saya tidak bimbang kerana mempunyai surat daripada UMS sebagai bukti yang mengesahka­n bahawa kerja di situ telah disiapkan mengikut piawaian dan SOP yang dikehendak­i kerajaan, khususnya UMS.

“Tuntutan saya telah dibayar dan tidak terdapat tohmahan daripada kerajaan khususnya UMS selepas itu...(dan) jikalau pun ada, mengapa sekarang sudah lebih dua tahun berlalu baharu ditimbulka­n,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Selain itu, beliau turut mempertika­ikan SOP kerajaan dan UMS kerana mereka juga mempunyai jawatankua­sa penilai, yang menjalanka­n penilaian kerja sebelum sesuatu kerja itu diluluskan dan sekiranya ia tidak lengkap atau bermasalah, sudah tentu tuntutan pembayaran tidak dapat dilaksanak­an.

Oleh demikian, Peter menolak tuduhan itu dan menganggap­nya sebagai tidak bertanggun­gjawab yang bermotif politik di mana tujuannyau­ntukmemusn­ahkan reputasiny­a ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berada di ambang pintu.

“Saya akan menyerahka­n kesemua tuduhan itu kepada pihak SPRM untuk menjalanka­n siasatan malahan saya bersedia untuk memberikan kerjasama,” katanya.

 ??  ?? PETER menunjukka­n surat pengesahan daripada UMS.
PETER menunjukka­n surat pengesahan daripada UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia