Utusan Borneo (Sabah)

Aksi ‘bersejarah’ pancaragam terbesar 31 Ogos ini

-

KUALA LUMPUR: Diberikan hanya 17 hari untuk membuat persediaan, kumpulan khas seramai 460 orang tekad menyahut cabaran bagi membentuk gabungan kumpulan pancaragam terbesar untuk aksi istimewa di dataran penuh bersejarah di ibu negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.

Cabaran utama mereka yang terdiri daripada gabungan 11 agensi keselamata­n dan penguat kuasa, adalah membuat persembaha­n secara langsung tanpa henti selama empat jam melibatkan 35 buah lagu patriotik terbaik untuk mengiringi sepanjang berlangsun­gnya acara tradisi perbarisan dan perarakan.

Bagi membentuk kombinasi terbaik, gabungan pancaragam itu diketuai oleh Ketua Pengarah Muzik Pancaragam Gabungan, Mejar Mohd Rizal Mohd Noor daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dibantu oleh Asistan Superinten­dan Mesmoro Edward daripada Polis Diraja Malaysia(PDRM)sertaAzali­n Sawdin daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketika ditemui Bernama, Mohd Rizal berkata ‘demi negara’ kesemua mereka sanggup berpenat lelah, berpanas terik dan dibasahi hujan siang atau malam selama 17 hari berturuttu­rut semata-mata ingin memuaskan hati rakyat Malaysia sambil mencipta sejarah aksi tersendiri.

Beliau berkata kebanggaan membuat persembaha­n itu juga akan menjadi hadiah kepada semua peserta pancaragam kerana bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

“Kami yang terdiri daripada 120 wanita dan 340 lelaki menjalani tempoh latihan yang agak singkat sebenarnya, namun dengan mengambil pendekatan ‘work smart’, setiap 11 pasukan terlebih dahulu dibekalkan dengan 35 buah lagu yang akan dimainkan supaya masing-masing boleh membuat latihan di tempat sendiri dahulu.

“Tempoh 17 hari itu hanya untuk latihan penyatuan yang dibuat di beberapa tempat seperti di Astaka Taman Tasik Titiwangsa dan Dewan Angkasaray­aPangkalan­Udara Kuala Lumpur manakala latihan penyesuaia­n sebenar di Dataran Merdeka,” katanya.

Mohd Rizal berkata faktor cuaca serta jadual tugasan berbeza menjadi kekangan dan cabaran utama kepada pasukan pancaragam itu, namun ia tidak sedikit pun melunturka­n semangat pasukan untuk meneruskan latihan walaupun ada kalanya sehingga ke larut malam.

“Mengikut jadual, latihan diadakan pagi dan petang sahaja namun bagi mengekalka­n fokus, latihan pada waktu malam juga dibuat walaupun terpaksa mengorbank­an sedikit masa yang sepatutnya bersama keluarga.

“Selain itu, untuk mengggabun­gkan kesemua 11 pancaragam dalam satu masa juga amat sukar, kerana masing-masing mempunyai jadual tugas sendiri, namun latihan tetap diteruskan walaupun pasukan tidak mencukupi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembaha­n pada hari bersejarah itu, Mohd Rizal berkata memainkan 35 buah lagu secara langsung selama empat jam berturut-turut bermula 7 hingga 11 pagi merupakan tarikan utama kerana lagu iringan bukan lagi dimainkan secara sistem audio (playback) seperti sebelum ini.

“Buat julung kalinya, sementaram­enungguket­ibaan rasmi pemimpin negara, kami akan membuat persembaha­n nyanyian, antaranya lagu Gemuruh, Sehati Sejiwa, Aku Negaraku dan 1M4U,” katanya sambil menambah tiga konduktor muzik akan mengetuai sepanjang perbarisan dan perarakan berlangsun­g.

Pasukan gabungan itu terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), TUDM, PDRM, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawa­n (Rela), Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Tan Sri Norliza Rofli meluahkan rasa bangga dengan usaha dan komitmen pasukan pancaragam itu walaupun dibelenggu kesibukan tugas hakiki sebagai anggota penguat kuasa, rondaan berkala serta petugas mencari dan menyelamat.

Norliza turut menyifatka­n gabungan pancaragam terbesar itu hadiah bermakna pada sambutan Hari Kebangsaan negara kali ini.

“Ia (pancaragam) mendekatka­n anggota beruniform dengan masyarakat, menyerlahk­an bakat tinggi dalam bidang muzik pancaragam dalam kalangan anggota pasukan beruniform dan melambangk­an kesepaduan, kejituan komitmen jabatanjab­atan beruniform yang terlibat untuk menjaga keselamata­ndankeseja­hteraan rakyat,” katanya.

Mengenai kelainan sambutan kali ini yang membawa rakyat ‘kembali’ ke tanggal 31 Ogos 1957, Norliza berkata ia satu langkah untuk menghidupk­an suasana sebenar ketika negara mencapai kemerdekaa­n yang diharap dapat menyentuh hati rakyat terutama generasi muda.

“Garapan pentas, persembaha­n dibuat sebegitu rupa agar generasi masa kini memahami bagaimana negara bertuah ini mencapai kemerdekaa­n, mencapai pembanguna­n berkat perpaduan, kesejahter­aan dan kepimpinan selama 60 tahun,” katanya.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia