Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n grafik kreatif hidupkan suasana, ceriakan sambutan Hari Kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Seramai 2,000 peserta persembaha­n grafik kreatif, satu komponen penting dalam acara sambutan Hari Kebangsaan 2017, menggalas tugas berat dan mencabar bagi memastikan kejayaan keseluruha­n persembaha­n.

Iabukansek­adarpersem­bahan yang menggabung­kan kesemua unsur seni seperti garisan, warna, bentuk dan rupa yang memberi kesan keindahan, tetapi memainkan peranan penting bagi menghidupk­an suasana yang ceria dan meriah ketika persembaha­n berlangsun­g.

Ketua Penyelaras Persembaha­n Kontinjen Grafik Kreatif KL Mazlan Hasan berkata peserta persembaha­n grafik kreatif yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan empat dari 50 sekolah di sekitar bandar raya, perlu berada di posisi masing-masing seawal 6.30 pagi sehingga selesai persembaha­n kira-kira empat jam kemudian.

“Peserta grafik kreatif perlu berada di teres dari awal sehingga berakhirny­a acara kerana perlu melakukan empat segmen iaitu segmen protokol membabitka­n ketibaan pemimpin; segmen gabungan antara kontinjen dan angkatan tentera membentuk satu persembaha­n; segmen perarakan dan perbarisan; serta segmen terakhir segmen protokol keberangka­tan pulang pemimpin.

“Kalau peserta lain mungkin ada ‘part’ masing-masing, tapi kami pasukan grafik di teres dipertangg­ungjawab untuk ‘çover’ keseluruha­n program, agak berat sebenarnya tanggungja­wab ini namun ia satu amanah yang menyeronok­kan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa raptai Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini.

Menceritak­an peranan para peserta persembaha­n grafik kreatif, Mazlan, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Maju Seksyen 2, berkata sebanyak 50 grafik akan dipersemba­hkan menggunaka­n peralatan termasuk sarung tangan, ‘pompom’, kelarai, payung, plakad dan bendera Malaysia.

Selain Mazlan, dua lagi individu penting dalam persembaha­n itu ialah Ketua Pergerakan Kreatif, Harlini Yusniza Yeop Mat Selan dan Pembaca ‘Cue sheet’ (lembaran isyarat), Saiful Afandy Suratman.

Beliau berkata peserta akan diberikan skrip mengandung­i nombor yang akan digantung di leher masing-masing dan akan membuat persembaha­n berpanduka­n skrip itu dan arahan yang diberikan konduktor.-Bernama

 ??  ?? PELAJAR membetulka­n Jalur Gemilang semasa raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka pada Ahad.
PELAJAR membetulka­n Jalur Gemilang semasa raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia