Utusan Borneo (Sabah)

Polis sahkan terima laporan Berhubung insiden perlawanan Malaysia-Indonesia

-

SHAH ALAM: Polis mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam di sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamata­n di dalam stadium selepas tamat perlawanan.

“Siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan dan polis memandang serius terhadap isu keselamata­n semua pihak termasukla­h penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium.

“Sementara siasatan dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurka­nnya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 AktaBahanL­etupan1957­yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam, Ketua Jurulatih Indonesia Luis Milla Aspas mendakwa beberapa pemainnya cedera akibat terkena mercun yang didakwa dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika sedang memanaskan badan.

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan, Shafien berkata pihaknya sedang mengesan sekumpulan suspek yang didakwa memukul penyokongp­asukanIndo­nesia di perkaranga­n hentian bas di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini kira-kira 3.45 pagi Ahad.

Malaysia menumpaska­n Indonesia dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan berkenaan dan bakal berdepan juara bertahan, Thailand, Selasa ini.-Bernama

“Siasatan

mengenai insiden ini sedang dijalankan dan polis memandang serius terhadap isu keselamata­n semua pihak termasukla­h penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium. ACP SHAFIEN MAMAT Ketua Polis Daerah Shah Alam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia