Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga jumpa bayi dalam semak

-

KUANTAN: Seorang peniaga menjumpai seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dalam semak berhampira­n kuarters Pejabat Hutan Muadzam Shah dekat sini malam Sabtu.

Mohd Safarin Mohd Shahir berkata sebelum itu beliau ditahan seorang lelaki yang kelihatan panik di tepi jalan itu memaklumka­nnya ada bungkusan plastik di kawasan semak itu namun menyangka ia berisi kucing apabila melihatnya bergerak-gerak sebelum memeriksa semula selepas berasa tidak sedap hati.

Katanya apabila diperiksa pada kira-kira 10.15 malam, beliau melihat bayi itu berada dalam keadaan bogel diletakkan dalam bungkusan plastik bersama uri yang membusuk.

“Saya lihat bayi itu hanya diam sahaja. Saya cuba nak angkat bayi itu dan semasa itu dia buka mata dan mula menangis. Saya rasa agak panik juga dan terus menghubung­i polis dan hospital,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Noor semasa dilhubungi berkata bayi ditemui di tepi jalan Desa Dahlia 2 Muadzam Shah, dianggarka­n berusia sehari dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk pemeriksaa­n.

“Bayi itu dipercayai lahir cukup bulan dan berada dalam keadaan sihat, kecuali beberapa kesan bintik merah dipercayai akibat gigitan serangga. Penemuan bayi itu juga dimaklumka­n kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Azli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia