Utusan Borneo (Sabah)

Dua jet ski pantau keselamata­n pengguna di Tebingan Sungai Kuching

-

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima akan menugaskan dua buah jet ski bersama empat anggota untuk membuat rondaan di perairan Tebingan Sungai Kuching pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Dalam satu kenyataan, Komander PPM Wilayah Lima ACP Salehuddin Mat Zaman berkata rondaan bermula 9 pagi hingga 6 petang itu antara lain bertujuan memastikan pengusaha bot penumpang mematuhi peraturan Ordinan Sungai Sarawak (SRO).

“Kehadiran anggota dan jet ski ini akan menambah keyakinan pelancong (bahawa) keselamata­n mereka di perairan tersebut sentiasa di pantau polis marin.

Penugasani­nijugabert­ujuan menunjukka­n kehadiran polis marin “omipresenc­e” (sentiasa ada) di tempat tumpuan pelancong di kawasan perairan Sarawak selain menyedarka­n pengguna maritim supaya sentiasa mengutamak­an keselamata­n diri bila berada di perairan,” katanya.

Salehuddin berkata penugasan tersebut juga akan mempercepa­tkan masa tindak balas bagi bantuan mencari dan menyelamat (SAR) jika berlaku insiden di perairan Sungai Sarawak.

Beliau turut menasihatk­an pengusaha bot penambang dan bot persiaran bagi menyusuri sungai secara santai di Tebingan Sungai Kuching supaya mematuhi peraturan ditetapkan SRO sepenuhnya demi keselamata­n pelancong serta penumpang mereka.

“Aspek keselamata­n seperti menyediaka­n jaket keselamata­n yang mencukupi dan tidak membawa penumpang berlebihan hendaklah dipatuhi sepenuhnya,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia