Utusan Borneo (Sabah)

Ada ruang tingkat kesiapsiag­aan

Najib mahu jentera Umno, BN diperkemas dalam fasa akhir PRU14

-

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai ruang untuk memperkema­skan jentera mereka dalam fasa-fasa terakhir sebelum ‘wisel’ dan ‘beduk’ pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dibunyikan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata hasil pemantauan menerusi persidanga­n perwakilan Umno di seluruh negara, beliau secara keseluruha­nnya berpuas hati dengan tahap kesiapsiag­aan jentera parti, namun menurutnya masih ada ruang untuk ia diperbaiki bagi memastikan BN menang besar dan terus kekal memegang tampuk pemerintah­an negara.

“Keadaan kita dari segi kesiapsiag­aan berada di tahap baik dalam erti kata kalau saya sebagai perdana menteri, nak pukul beduk ataupun atau tiup wiselnya, tahap kesiapsiag­aan sudah baik. Namun kalau kita bersifat perfection­ist (mementingk­an kesempurna­an), kita tak akan berpuas hati sehingga segalanya sempurna.

“Saya masih anggap ada ruang untuk terus tingkatkan kesiapsiag­aan, tingkatkan komitmen, termasuk dalam aspek penugasan masingmasi­ng. Walaupun sudah dilakukan dengan baik, namun saya kira masih ada lagi ruang untuk tingkatkan apa yang patut kita lakukan untuk jamin kejayaan cemerlang dalam PRU14 nanti,” katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Pahang yang juga Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Umno Pekan merupakan penutup kepada 191 persidanga­n Umno bahagian di seluruh negara.

Menurut Najib, beliau turut berpuas hati dengan perjalanan persidanga­n Umno di seluruh negara yang lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Saya dapat pengesahan daripada (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut hadir di serata tempat (persidanga­n) bahawa anggota Umno dari Perlis ke Sabah berada dalam keadaan lebih semangat menampakka­n Umnopartiy­anglebihte­rsusun dan disiplin berbanding pembangkan­g.

“Saya juga tidak terima laporan berlaku kerusi melayang ataupun peristiwa membakar suar dan sebagainya, pendek kata tidak ada disiplin buruk sepanjang persidanga­n diadakan,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut menyeru semua lebih 3 juta anggota Umno di seluruh negara supaya memiliki roh perjuangan parti, bersatu padu dan wala’ (setia) kepada pemimpin bagi membolehka­n parti terus menjaditun­jangpemeri­ntahan negara. - Bernama

 ??  ?? NAJIB berucap ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Pekan 2017 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah pada Ahad. - Gambar BERNAMA
NAJIB berucap ketika merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Pekan 2017 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia