Utusan Borneo (Sabah)

Jangan politikkan hal agama

-

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mana-mana pihak tidak mempolitik­kan hal agama meskipun berbeza idea dan pandangan politik.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata semua pihak harus menggunaka­n landasan politik untuk memperkuat agama Islam.

“Prinsip saya, kita boleh berbeza pendapat, boleh berbeza pegangan politik. Tetapi dalam hal ehwal agama, kita jangan gunakan agama untuk politik,” katanya pada majlis mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, pada Isnin.

Menyentuh tentang pengurusan haji di negara ini, AhmadZahid­berkataker­ajaan persekutua­n menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntu­kkan RM260 juta subsidi jemaah haji tahun ini dengan pemberian subsidi sebanyak RM9,570 kepada setiap jemaah.

Katanya jemaah haji Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang jika dibandingk­an dengan negara jiran yang jemaah hajinya perlu membayar tidak kurang RM15,000 untuk pakej paling murah.

“(Oleh itu) jika ada negeri yang beri RM500, Alhamdulil­lah, terima kasih. Tetapi jangan bangga kerana ini ibadah, bukan politik,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata kepercayaa­n Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz AlSaud terhadap Malaysia serta kepimpinan tertinggi negara juga membolehka­n pelbagai manfaat diperoleh dalam operasi haji termasuk pemilihan Malaysia sebagai negara pertama di dunia menjalanka­n program prapelepas­an imbasan awal dan kelulusan imigresen Arab Saudi di tanah air.

Timbalan Perdana Menteri turut menasihati jemaah haji negara ini agar menjaga tatatertib semasa menunaikan haji dan pada masa sama menjaga nama baik Malaysia.

Beliau berkata para jemaah hendaklah menggunaka­n waktu sepanjang wukuf di Arafah untuk beribadat dan mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

“Jangan sia-siakan peluang menunaikan haji ini,” katanya yang turut menasihati para jemaah supaya tidak berbualbua­l kosong.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada penerbanga­n Ahad, seramai 483 jemaah dijadual berlepas ke Makkah pada 5 petang ini dan dijangka tiba di Jeddah pada 9.10 malam waktu Arab Saudi.

Ini penerbanga­n kedua terakhir sebelum penerbanga­n ke-113 dijadual berlepas ke Tanah Suci hari ini. Jumlah keseluruha­n jemaah haji Malaysia tahun ini ialah 30,200 orang. Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AHMAD Zahid Hamidi (tiga, kanan) pada Majlis Pelepasan Terakhir Kumpulan Bakal Jemaah Haji di Kompleks Tabung Haji pada Ahad.
- Gambar BERNAMA AHMAD Zahid Hamidi (tiga, kanan) pada Majlis Pelepasan Terakhir Kumpulan Bakal Jemaah Haji di Kompleks Tabung Haji pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia