Utusan Borneo (Sabah)

Memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n

Kelab 3HJ Ranau sahut seruan kerajaan

-

BAGI memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n Negara, ahli Kelab 3HJ Ranau telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan program Kembara Merdeka dengan berkonvoi di beberapa kampung sekitar daerah berkenaan.

Kembara itu telah dimulakan di Kampung Bundu Tuhan seterusnya melalui beberapa kampung seperti Himbaan, Terolobou, Tudan, Karanaan dan kampung-kampung sekitar, yang diakhiri dengan majlis penutupan program di Kelab Golf dan Rekreasi Ranau (RRC), dirasmikan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Pengerusi kelab Maharin Mahali berkata, antara pengisian program sepanjang sehari kembara itu termasukla­h memacak bendera di setiap premis atau bangunan kerajaan dilalui, yang masih belum mengibarka­n bendera kebangsaan dan negeri sepanjang Bulan Kemerdekaa­n ini.

Selain itu, ahli kelab juga digalak menggunaka­n sepenuhnya masa untuk beramah mesra (mogkorumoh) dengan penduduk kampung yang mereka lalui dengan menerangka­n erti sebenar kemerdekaa­n.

“Objektif kelab yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu ini adalah berpanduka­n tiga huruf ‘H’ iaitu Hidup, Harapan dan Hidayah serta satu ‘J’ iaitu Jariah atau beramal kepada masyarakat sekitar.

“Ahli kelab ini (45 orang yang aktif) bukan sahaja terdiri daripada penduduk Daerah Ranau tetapi juga dari Tenom, Keningau, Kota Marudu, Tamparuli dan Kota Kinabalu, yang kebanyakan­nya telah bersara atau bekerja sendiri,” katanya.

Menurut Maharin, kelab itu mempunyai tiga konsep utama iaitu berhibur, beramal serta berdansa sebagai satu cara untuk mengekalka­n kesihatan ahli selain menggalakk­an ahli untuk sering memasuki kampung menemui masyarakat bagi melakukan kerja amal.

Antara kerja amal yang pernah mereka lakukan ialah mengumpul pakaian atau barangan terpakai yang masih boleh digunakan untuk diagih dan didermakan kepada penduduk yang memerlukan khususnya penduduk di kampung terpencil.

Ketika berada di kampung Tudan, para ahli sempat makan bersama dan beramah mesra dengan penduduk kampung serta mendaki Tukad Genipis (tangga Genipis) setinggi 188 anak tangga.

Dalam ucapan ringkas di majlis penutupan, Ewon berkata program yang dilaksanak­an oleh kelab itu merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan bermanfaat terutama untuk menerangka­n erti sebenar kemerdekaa­n kepada penduduk kampung.

Beliau turut mengalualu­kan masyarakat menubuhkan kelab seperti itu yang bukan sahaja memberikan sumbangan berbentuk material tetapi juga memberikan penerangan dan kefahaman rakyat mengenai kemerdekaa­n dan hal-hal penting yang berkaitan.

“Saya menyokong penuh program santai seperti ini yang boleh memberikan manfaat terutama apabila berlaku ramah mesra dan bertukar-tukar fikiran secara dua hala yang sangat berguna untuk diamalkan bersama,” katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Lipantai Mohimboyon, Ewon telah menerima sebanyak 49 borang keahlian baharu Upko daripada penduduk kampung berkenaan yang diserahkan wakil mereka Juhirin Lailman.

Pada majlis itu, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk membeli kelengkapa­n balairaya kampung itu.

Turut serta pada keduadua majlis itu ialah Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi dan Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin.

 ??  ??
 ??  ?? JUHIRIN (dua kanan) menyerahka­n 49 borang penyertaan Upko kepada Ewon di Kampung Lipantai Mohimboyon.
JUHIRIN (dua kanan) menyerahka­n 49 borang penyertaan Upko kepada Ewon di Kampung Lipantai Mohimboyon.
 ??  ?? AHLI kelab merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan program kembara berkenaan.
AHLI kelab merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan program kembara berkenaan.
 ??  ?? EWON dan Maharin (tengah) bergambar kenangan dengan ahli Kelab 2HJ di RRC.
EWON dan Maharin (tengah) bergambar kenangan dengan ahli Kelab 2HJ di RRC.
 ??  ?? EWON (tengah) bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Lipantai.
EWON (tengah) bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Lipantai.
 ??  ?? AHLI kelab bergambar sebelum menaiki Tukad Genipis di Kampung Tudan.
AHLI kelab bergambar sebelum menaiki Tukad Genipis di Kampung Tudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia