Utusan Borneo (Sabah)

Barisan peneraju baharu PKTS angkat sumpah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Persatuan Klan Tham Sabah (PKTS) di Dewan Persatuan Hakka Ranau telah berjalan dengan lancar dan teratur.

Ia disifatkan sebagai satu catatan sejarah kepada persatuan itu kerana dihadiri Timbalan Presiden Klan Tham Sedunia merangkap Presiden Klan Tham Zijin Country Guang Dong Province China, Tan Zhi Jian, sebagai tetamu khas.

Upacara Angkat Sumpah AJK itu bermula jam 11 pagi didahului Presiden PKTS Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, yang menerajui kepimpinan persatuan itu untuk penggal ke-9 (2017-2019).

Jimmy dalam ucapannya mewakili PKTS, berterima kasih di atas kehadiran Tan yang memberi semangat dan motivasi kepada semua AJK PKTS untuk terus maju.

Beliau berkata, jawatan presiden bukanlah sesuatu yang perlu dibanggaka­n, sebaliknya satu tanggungja­wab serta amanah yang harus dijalankan dengan kerejasama semua pihak terutama barisan AJK.

Menurut beliau, PKTS sejak ditubuhkan 19 tahun lalu, telah banyak mencapai kemajuan hasil kerjasama padu termasuk sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit daripada ahli untuk kemajuan bersama.

“Menerusi kerjasama padu itu, segala masalah kecil telah dapat diselesaik­an dan diharapkan ia berterusan membangun persatuan bersama demi generasi kita akan datang.

“Justeru, marilah kita sama-sama membangunk­an perastuan ini demi nama baik PKTS di mata persatuan lain, terutama mengangkat martabat kecemerlan­gan keluarga dan negara,” katanya.

Katanya, meskipun PKTS masih satu persatuan yang kecil dengan keahlian 500 orang setakat ini, tetapi situasi itu tiada had dan hasratnya ingin melihat PKTS berperanan memberi kebajikan yang terbaik kepada bukan sahaja ahli Klan Tham di Sabah, malah seluruh negara.

Sementara itu, Tan dalam ucapannya berterima kasih kepada PKTS pimpinan Jimmy kerana menjemput beliau ke majlis angkat sumpah PKTS tahun ini yang berjalan dengan baik sekali.

Beliau memuji kepimpinan serta kemajuan yang telah dicapai PKTS sejak ditubuhkan sehingga kini sudah berjaya membina sebuah bangunan kedai dua tingkat bernilai RM1 juta di Kingfisher Kota Kinabalu.

“Saya difahamkan, PTKS ditubuhkan pada 1998 atas pentadbira­n Datuk Jimmy tetapi dalam tempoh 10 tahun telah banyak kejayaan dicapai.

“Saya bangga kerana keturunan Tham dari Zi Jin Country di bawah pimpinan Datuk Tham dan semua keturunan Tham pada tahun 2008 telah memulakan rancangan memperbaik­i Dewan Anestesia Klan Tham di Zi Jin Country dan pada 2014, Klan Tham Zi Jin Country telah ditubuhkan oleh Datuk Jimmy,” katanya.

Katanya, penubuhan persatuan bertujuan merapatkan lagi hubungan persaudara­an keturunan Tham dan membangunk­an generasi itu termasukla­h mendirikan Sekolah Rendah Xin Min di Yi Rong Mukim China.

Turutberuc­apialahTim­balan Presiden PKTS Tham Yun Fook dan Datuk Wong Thien En selaku tetamu khas.

 ??  ?? AJK PTKS Bahagian Pantai Barat Utara bersama Jimmy, Tham Yun Fook dan Tham Ngiap Chin.
AJK PTKS Bahagian Pantai Barat Utara bersama Jimmy, Tham Yun Fook dan Tham Ngiap Chin.
 ??  ?? JIMMY (kiri) menerima watikah pelantikan yang ditandatan­gan semua AJK Induk PKTS disampaika­n Tan.
JIMMY (kiri) menerima watikah pelantikan yang ditandatan­gan semua AJK Induk PKTS disampaika­n Tan.
 ??  ?? SALAH seorang AJK Puteri PKTS (kiri) menandatan­gani watikah pelantikan.
SALAH seorang AJK Puteri PKTS (kiri) menandatan­gani watikah pelantikan.
 ??  ?? JIMMY (duduk, tujuh kiri) dan Tan (duduk, tengah) bersama AJK PKTS Induk serta jemputan lain.
JIMMY (duduk, tujuh kiri) dan Tan (duduk, tengah) bersama AJK PKTS Induk serta jemputan lain.
 ??  ?? JIMMY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tan.
JIMMY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia