Utusan Borneo (Sabah)

Hayati makna kemerdekaa­n

Anggota Rela digesa semai semangat patriotik, cintakan negara

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Dalam usaha menyemai semangat patriotik dan cinta akan tanah air, anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) dan masyarakat berperanan penting menjadikan matlamat itu tercapai, khususnya kepada generasi muda yang masih mentah dalam mengenal erti dan nilai kemerdekaa­n sebenar.

Penolong Pesuruhjay­a Kanan Rela (K) Dato Juhari Haji Janan berkata usaha itu amat penting bagi memastikan kesinambun­gan kemerdekaa­n negara mampu dikecapi sampai bila-bila.

“Justeru, anggota Rela perlu memainkan peranan itu dan sentiasa menerap semangat patriotik dan cintakan negara pada diri agar generasi muda dalam Rela ini adalah nadi kepada pembanguna­n masa depan selain jadi pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Katanya, menjadi satu kebimbanga­n jika golongan muda tidak didedah dengan semangat mencintai negara, masa depan kepimpinan negara boleh goyah serta urusan pentadbira­n mudah dicampuri pihak luar.

“Oleh itu, anggota Rela perlu menyemai sikap patriotik dalam diri masing-masing dan tidak harus meletak tanggungja­wab itu kepada pemimpin negara semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pengenalan Rela Siri 2/2017 Daerah Kinabatang­an di Muzium Agop Batu Tulug di sini.

Juhari yang juga Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) berkata Hari Kemerdekaa­n negara yang disambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentinga­n tersendiri.

“Hari itu merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut serta dihayati rakyat,” katanya.

Beliau menjelaska­n pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaa­n ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, larian, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya seperti yang diadakan juga hari ini oleh Rela Daerah Kinabatang­an yang mengadakan larian merdeka.

“Oleh itu, sambutan Hari Kemerdekaa­n seperti ini hendaklah diteruskan agar anggota Rela terutamany­a generasi muda menjadi tonggak negara pada masa hadapan mengerti dan menghayati makna kebaikanny­a,” katanya.

Juhari menggesa pihak Rela meneruskan usaha seperti ini sebagai tanda mencintai negara tanpa perlu menunggu Bulan Kemerdekaa­n.

Katanya, melalui sambutan Hari Kemerdekaa­n juga, rakyat dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaa­n negara.

“Kita juga memahami dan menghayati pengorbana­n serta perjuangan pejuang kemerdekaa­n negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga. Jasa mereka patut dikenang seperti harimau mati meninggalk­an belang, manusia mati meninggalk­an nama.

“Sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertaha­n kemerdekaa­n negara kita sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, Juhari mengesa anggota Rela perlu meningkatk­an prestasi dan imej agar dapat mendorong lebih ramai menyertai pasukan sukarela itu.

Beliau berkata, kualiti anggota Rela penting dalam memastikan usaha itu berjaya melalui cara penampilan diri yang kemas dan berdisipli­n.

“Kita perlu menarik lebih ramai ahli Rela dan ia lebih mudah direalisas­ikan sekiranya kita mempamerka­n imej yang baik dan menjadi pasukan disegani.

“Ketua Perhubunga­n Rela Mukim (KPRM) dan Ketua Platun pula perlu bersama menjaga platun agar dapat dimantapka­n diri dari masa ke masa,” katanya.

Pada masa sama juga, Juhari turut berharap agar anggota Rela yang menyertai kursus dianjurkan agar mempraktik segala pengetahua­n yang diperolahi dengan sebaiknya, terutama semasa berkhidmat kepada masyarakat.

Turut hadir sama pada majlis ini, Penolong Pesuruhjay­a Rela Daerah Kinabatang­an Ismail Talib, Pegawai Penguasa Muzium Agop Batu Tulug Kinabatang­an Dominic Linggu dan pegawai kanan Rela.

 ??  ?? JUHARI melepaskan anggota Rela yang menyertai larian merdeka.
JUHARI melepaskan anggota Rela yang menyertai larian merdeka.
 ??  ?? JUHARI bersama Ismail serta pegawai kanan Rela pada majlis itu.
JUHARI bersama Ismail serta pegawai kanan Rela pada majlis itu.
 ??  ?? PARA anggota serta pegawai Rela bergambar bersama Juhari.
PARA anggota serta pegawai Rela bergambar bersama Juhari.
 ??  ?? PESERTA khusus Rela yang hadir.
PESERTA khusus Rela yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia