Utusan Borneo (Sabah)

Selepas Hato, HK dan Macau hadapi Pakhar

Kerja pembersiha­n kedua-dua bandar raya terjejas apabila satu lagi ribut kuat membadai

-

HONG KONG: Satu ribut kuat membadai Hong Kong dan Macau semalam, hanya beberapa hari selepas Taufan Hato menyebabka­n kemusnahan di wilayah itu dan meragut sekurangku­rangnya 18 nyawa.

Kedua-dua bandar raya menaikkan isyarat Taufan 8, tahap amaran ketiga tertinggi, awal semalam ketika ribut tropika kuat Pakharm mendarat ketika pekerja kecemasan masih bergelut membaiki kerosakan akibat Hato pada Rabu.

Sejumlah 206 penerbanga­n dibatalkan, 471 lagi tertangguh manakala 44 dialih arah, menurut pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong.

Kesemua perkhidmat­an feri ditangguhk­an sehingga amaran ribut direndahka­n di kedua-dua bandar raya pada awal petang.

Puluhan pokok yang terjejas akibat taufan pada Rabu akhirnya tumbang dalam ribut terkini.

Tiada kematian dilaporkan semalam tetapi pihak berkuasa hospital Hong Kong mendaftark­an 62 kes kecederaan.

Sementara itu, di Macau lapan dilaporkan cedera ringan, menurut jurucakap kerajaan.

Sebuah kapal kargo China karam di timur Hong Kong pagi semalam tetapi kesemua 11 krunya berjaya diselamatk­an, menurut kerajaan.

Pakhar membawa angin selaju 130 kilometer sejam ke Hong Kong.

Di Macau, pihak berkuasa mengeluark­an amaran banjir ketika kedai-kedai yang terjejas ribut terdahulu masih lagi ditutup pagi semalam.

Lampu trafik masih tidak berfungsi ketika bekalan elektrik masih terjejas di beberapa bahagian bandar raya itu.

Bekalan air bagaimanap­un telah dipulihkan, tetapi bangunan dengan pam yang rosak tetap terputus bekalan, menurut kenyataan kerajaan Macau semalam.

“Keadaan sukar tetapi kami tidak mampu berbuat apaapa,” kata pemilik kedai Leung Chin-pang yang terputus bekalan air sejak Rabu.

Pakhar, dinamakan sempena ikan air tawar di hilir Sungai Mekong, mendarat ketika Macau yang paling teruk terjejas masih menangani kesan Taufan Hato, taufan paling kuat membadai bandar tersebut dalam sejarah 53 tahun, menurut kerajaanny­a.

Hato yang mencetuska­n amaran paling tinggi Taufan 10, membadai hab perjudian tersebut, menyebabka­n kasino bergelap dan mencetuska­n banjir kilat.

Angka kematian rasmi di Macau mencecah 10, manakala lapan lagi korban Hato dilaporkan di wilayah tanah besar berjiran Guangdong, yang turut dibadai Pakhar pertengaha­n pagi semalam.

Puluhan pengunjung kembali ke lokasi tarikan pelan- cong utama Dataran Senado di Macau semalam ketika usaha pembersiha­n dijalankan.

Jalan raya kelihatan lebih bersih setelah penduduk tempatan dan kira-kira 1,000 anggota Tentera Pembebasan Rakyat China garison Macau bekerjasam­a membersihk­an puing.

Empat wartawan Hong Kong yang membuat liputan mengenai impak taufan tersebut tidak dibenarkan memasuki Macau kelmarin atas alasan mereka mengancam kestabilan keselamata­n dalaman, menurut Persatuan Wartawan Hong Kong.

Kumpulan itu meluahkan rasa kesal berhubung insiden tersebut dan menggesa pihak berkuasa Macau menghormat­i kebebasan media. — AFP

 ??  ?? PENDUDUK sempat merakam swafoto di hadapan Pelabuhan Victoria ketika angin kuat dan hujan yang dibawa Pakhar membadai Hong Kong, semalam. — Gambar AFP
PENDUDUK sempat merakam swafoto di hadapan Pelabuhan Victoria ketika angin kuat dan hujan yang dibawa Pakhar membadai Hong Kong, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia