Utusan Borneo (Sabah)

Kesilapan teknikal alasan Arab Saudi ganyang Sanaa

-

RIYADH: Pakatan ketenteraa­n Arab diketuai Arab Saudi kelmarin mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan udara sehari sebelumnya di ibu negara Yaman yang meragut nyawa 14 orang awam, dengan alasan tragedi tersebut adalah kesilapan teknikal.

Serangan tersebut antara yang terkini dalam gelombang serangan berdarah ke atas kawasan awam yang menarik kecaman antarabang­sa.

Pakatan dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) mendakwa hasil penilaian penyiasat mendapati kesilapan teknikal sebagai punca insiden tersebut.

Saksi dan anggota perubatan di Sanaa berkata, beberapa kanak-kanak antara 14 maut dalam serangan udara Jumaat lalu yang menumbangk­an blok pangsapuri kediaman.

Jurucakap pakatan Kolonel Turki al-Malki berkata kelmarin bahawa pakatan menyesali kerosakan kolateral akibat insiden yang tidak disengajak­an itu dan menawarkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara mangsa.

Sasaran serangan Jumaat lalu adalah Faj Attan, kawasan kejiranan awam di selatan ibu negara yang dikawal pemberonta­k Huthi sejak 2014.

Pakatan menuduh pemberonta­k mewujudkan pusat arahan dan komunikasi di tengah kawasan kejiranan tersebut dan menggunaka­n orang awam sebagai perisai manusia.

Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa mengecam serangan tersebut sebagai melampau dan pengarah penyelidik­an Timur Tengah kumpulan hak asasi Amnesty Internatio­nal Lynn Maalouf mendakwa serangan itu menggugurk­an bom ke atas orang awam ketika mereka sedang tidur.

Beliau menyeru PBB mengeluark­an kenyataan mengecam Arab Saudi berikutan senarai serangan berdarah ke atas orang awam sejak dua tahun lalu.

Mohammed Ahmad yang tinggal di salah sebuah bangunan tersebut mengakui beliau antara mereka yang menghantar sembilan mayat ke hospital.

“Kami mengeluark­an mayat satu demi satu dari bawah runtuhan,” katanya ketika para pekerja menggali tempat kejadian berjam-jam selepas serangan, manakala anggota perubatan dan penduduk mencari mangsa hilang.

Serangan Jumaat lalu menyusuli serangan pada Rabu di mana sekurangku­rangnya 35 maut dalam siri serangan ke atas Sanaa dan hotel berhampira­n.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggar­kan hampir 8,400 orang awam maut dan 47,800 lagi cedera sejak pakatan Arab Saudi campur tangan dalam konflik Yaman.

Negara termiskin dalam dunia Arab itu juga masih bergeluman­g wabak kolera yang telah meragut hampir 2,000 nyawa dan menjejaska­n lebih setengah juta penduduk sejak lewat April. — AFP

 ??  ?? BUTHAINA Muhammad Mansour, dipercayai berusia empat atau lima tahun, menerima rawatan di hospital setelah terselamat dalam serangan udara pakatan Arab yang membunuh lapan ahli keluargany­a di Sanaa, kelmarin. Selain kehilangan ibunya Amal Muhammad Saad,...
BUTHAINA Muhammad Mansour, dipercayai berusia empat atau lima tahun, menerima rawatan di hospital setelah terselamat dalam serangan udara pakatan Arab yang membunuh lapan ahli keluargany­a di Sanaa, kelmarin. Selain kehilangan ibunya Amal Muhammad Saad,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia