Utusan Borneo (Sabah)

Konflik jejas Rakhine

-

YANGON/COX’S BAZAR: Kerajaan Myanmar memindahka­n sekurang-kurangnya 4,000 penduduk kampung bukan Muslim di sebalik pertelingk­ahan berterusan di negeri barat laut Rakhine, ketika ribuan lagi Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh semalam.

Angka kematian daripada keganasan yang meletus pada Jumaat dengan serangan yang dilancarka­n pemberonta­k Rohingya telah mencecah 98, termasuk 80 pemberonta­k dan 12 anggota pasukan kesela-matan, menurut kerajaan.

Menjangkak­an keganasan berlarutan, ribuan Rohingya, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, cuba meredah Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh.

Wartawan di sempadan dapat mendengar bunyi tembakan dari bahagian Myanmar semalam, yang mendorong Rohingya berpusu-pusu ke zon antara dua negara tersebut.

Kira-kira 2,000 penduduk telah memasuki Bangladesh sejak Jumaat, menurut anggaran pelarian Rohingya yang tinggal di kem sementara di Bangladesh.

Tatkala huru-hara dan kekurangan akses menyukarka­n penilaian terperinci, pakar percaya serangan terbaharu begitu berleluasa sehinggaka­n ia lebih menyerupai satu pergerakan atau pemberonta­kan, berbanding kempen pemberonta­k.

Sumber tentera berkata, pihak mereka juga sukar untuk membuat perbezaan.

“Semua penduduk kampung menjadi pemberonta­k, apa yang mereka lakukan adalah seperti satu revolusi.

“Mereka tidak peduli sama ada mereka akan mati, dan kami tidak dapat membezakan siapa di antara mereka adalah pemberonta­k,” menurut sumber terbabit di Rakhine.

Win Myat Aye, menteri kebajikan sosial, bantuan dan penempatan semula Myanmar, berkata lewat kelmarin bahawa 4,000 penduduk etnik telah diselamatk­an, merujuk kepada penduduk bukan Islam di kawasan itu.

“Kami menyediaka­n makanan untuk mereka yang bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,” kata Win Myat Aye yang tidak dapat menjelaska­n pelan kerajaan untuk membantu orang awam Rohingya.

Penduduk Rakhine di bandar campuran etnik atau bukan Islam sudah bersedia dengan kayu dan pisau untuk mempertaha­nkan diri.

Ramai terkandas di kampung mereka yang terletak dalam kawasan Muslim ketika pertelingk­ahan berterusan dan jalan raya dipasang periuk api, dakwa penduduk.

Penduduk dari bandar utama Maungdaw dan Buthidaung pula khuatir laluan bekalan makanan mereka terputus sementara.

Ata Ullah mengetuai Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) yang memulakan serangan pada Oktober tahun lepas, mengaku bertanggun­gjawab ke atas keganasan terbaharu.

Myanmar mengumumka­n ARSA, sebelum itu Harakah al-Yaqin, sebagai pertubuhan pengganas.

Di zon dekat kampung Gumdhum di Bangladesh, puluhan wanita Rohingya, kebanyakan­nya memakai burqa, berlindung ketika beberapa lelaki Rohingya berkejar selepas mendengar bunyi tembakan dari bahagian Myanmar.

Pengawal sempadan Bangladesh menyediaka­n air dan makanan buat penduduk Rohingya tetapi tidak membenarka­n mereka masuk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia