Utusan Borneo (Sabah)

Kapal patah dua luar pantai Turki

-

ANKARA: Sebuah kapal kargo kering terbelah dua di Laut Hitam luar pantai barat laut Turki, menurut imej televisyen awal semalam.

Kesemua sebelas kru kapal telah diselamatk­an.

Leonardo, kapal kargo sepanjang 114 meter yang mengibarka­n bendera Mongolia, mulai retak sebelum terbelah dua ketika berlabuh luar pantai Kilyos di Istanbul.

Separuh kapal tersebut dibawa ke pantai dengan kapal tunda, manakala separuh lagi separuh tenggelam.

Laporan media Turki berkata, kapal tersebut yang dibina pada 1975, dalam perjalanan ke limbungan Tuzla di Istanbul untuk kerja-kerja pembaikan.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, ketua pembangkan­g utama Turki memberi amaran kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin bahawa seisi negara kini ‘dahagakan keadilan’, sekali gus merasmikan mesyuarat tergempar empat hari memprotes penindasan di bawah pemerintah­annya.

Kemal Kilicdarog­lu, ketua parti sekular Parti Rakyat Republik (CHP), mengharapk­an ‘kongres keadilan’ di wilayah barat Canakkale akan mengekalka­n pergerakan perarakan sebulan yang memprotes pencabulan kehakiman di Turki dan kempen pembersiha­n susulan rampasan kuasa yang gagal pada tahun lepas.

Dalam rali di bahagian timur negara, Erdogan membanding­kan rampasan kuasa 15 Julai itu sebagai acara utama dalam sejarah Turki, menyamai kejayaan pada 1071 puak Turki ke atas pemerintah Byzantine di Anatolia. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia