Utusan Borneo (Sabah)

Rio saksikan kematian ke-100 anggota polis

-

Seorang anggota polis yang maut kelmarin di negeri Rio de Janeiro, Brazil, merupakan anggota polis ke-100 yang dibunuh di sana setakat ini pada tahun ini, sebahagian daripada peningkata­n jenayah ganas yang buruk di wilayah tersebut.

Pegawai Fabio Jose Cavalcante ditembak mati ketika menggalas tugas di Baixada Fluminense, bandar daif bergeluman­g jenayah di pinggir Rio, yang menganjurk­an Olimpik Musim Panas tahun lepas.

Pada 2016 146 anggota polis terbunuh di Rio, 100 daripadany­a tidak bertugas ketika dibunuh.

Sejak 1995, pasukan polis kehilangan lebih 3,000 anggota. Setahun selepas dunia memuji kejayaan Rio menganjurk­an Sukan Musim Panas itu, bandar raya kedua terbesar di Brazil itu mengalami masalah kewangan teruk dan pasukan polis yang lemah semangat berdepan kesukaran untuk mengawal geng dadah dilengkapi senjata dan berpangkal­an di favela (kawasan setinggan).

Keputusan Presiden Michel Temer pada Julai lepas untuk mengerahka­n ribuan anggota tentera ke Rio mengakui bahawa polis negeri sudah hilang keupayaan untuk menangani kempen menentang pengedar dadah yang selalunya berdarah.

Brazil sememangny­a antara negara paling berdarah di dunia.

Akhbar Estadao barubaru ini melaporkan jumlah pembunuhan dalam tempoh enam bulan tahun ini sudah mencapai lebih 28,000, bersamaan 155 pembunuhan sehari atau enam setiap sejam di seluruh negara yang mempunyai 208 juta penduduk itu.

Bilangan itu hampir tujuh peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas dan menunjukka­n Brazil mungkin sekali lagi memecah siling 60,000 pembunuhan setahun pada 2017.

Sebaliknya Amerika Syarikat, dengan populasi hampir 326 juta, mencatatka­n 15,696 pembunuhan pada 2015, menurut Biro Siasatan Persekutua­n (FBI). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia