Utusan Borneo (Sabah)

Nahas heli, tiga anggota tentera laut Jepun hilang

-

Pihak tentera dan pengawal pantai Jepun semalam giat mencari tiga anggota tentera laut yang hilang bersama helikopter mereka susulan satu kemalangan pada waktu malam, menurut seorang pegawai tentera laut.

Pasukan Pertahanan Kendiri Maritim terputus hubungan dengan helikopter peronda SH60J yang membawa empat anak kapal sekitar jam 10.50malam kelmarin, menurut pegawai tersebut.

Pihak tentera laut kemudian bergegas menguruska­n misi mencari dan menyelamat.

Anggota penyelamat telah menemui salah seorang daripada empat lelaki terbabit dan alat perakam penerbanga­n bagi helikopter itu sejurus selepas ia hilang di perairan utara di luar Wilayah Aomori, pegawai tersebut memberitah­u AFP.

“Siasatan telah dilancarka­n bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut,” jelas beliau.

“Salah seorang daripada mereka telah diselamatk­an dan perakam data penerbanga­n telah ditemui.

“Analisis akan dilakukan terhadapny­a,” beliau memberitah­u AFP.

Bangkai helikopter tersebut juga masih belum ditemui, kata beliau tanpa penjelasan lanjut.

Anggota yang diselamatk­an tidak mengalami kecederaan dan helikopter tersebut telah memberikan satu isyarat kecemasan sejurus selepas ia terputus hubungan, menurut laporan badan penyiaran negara NHK.

Pihak tentera dan pengawal pantai Jepun menggunaka­n tujuh kapal dan 10 pesawat untuk mencari mangsa yang hilang, menurut pegawai tentera laut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia