Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis berarak tanpa baju di NY

-

Aktivis berarak tanpa baju di jalan New York kelmarin, mempamerka­n dada mereka untuk meraikan perarakan tahunan ke-10 GoTopless Day.

Berjalan diiringi gendang dalam suasana ala karnival, puluhan lelaki dan wanita memulakan perarakan sejauh 1.6 kilometer dari Columbus Circle ke Bryant Park untuk acara itu yang pada tahun ini jatuh pada Hari Kesamarata­an Hak Wanita.

Peserta membawa plakad sambil melaung ‘Hak Tanpa Baju Yang Sama Untuk Semua’ dan ‘Perang Adalah Lucah, Bukan Puting Saya, Bertafakur Untuk Keamanan Tanpa Baju’.

“Saya tidak akan melepaskan ini untuk dunia,” kata Rebecca Barwick, 35, yang datang dari Virginia dan bekerja dalam kerajaan persekutua­n.

“Penting untuk menyampaik­an mesej bahawa inilah badan kami. Ia tidak harus dikawal dengan cara yang berbeza daripada lelaki.

“Lelaki berjalan seperti ini sepanjang masa, jadi kenapakah begitu serius?”

Ramai menulis ‘Go Topless’ pada dada mereka, seorang wanita memakai jubah biru Wonder Woman dan beberapa lelaki memakai coli.

Dengan jumlah yang sedikit berbanding penonton, perarakan itu dianjurkan kumpulan hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) GoTopless, yang sudah berkempen selama 10 tahun agar wanita bebas keluar tanpa memakai baju.

Ia sudah pun dibenarkan oleh undang-undang untuk mendedahka­n payu dara mereka di khalayak ramai di New York, negeri dengan penduduk keempat paling ramai di Amerika.

Acara itu yang turut dianjurkan serentak di bandar alin, tahun ini jatuh pada ulang tahun ke-97 Hari Kesamarata­an Hak Wanita, apabila wanita AS dibenarkan mengundi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia