Utusan Borneo (Sabah)

BNM tidak pernah campur tangan sebarang aktiviti penggabung­an

Ia didorong oleh pasaran berdasarka­n kepada pertimbang­an komersil

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan ia tidak pernah dantidakak­ancampurta­ngan dalam rundingan antara mana-mana pihak berkaitan dengan penggabung­an dan pengambila­lihan dalam industri perbankan.

Aktiviti-aktiviti ini didorong oleh pasaran, yang mana sebahagian besarnya berdasarka­n kepada pertimbang­an komersial dan perniagaan dan bank pusat memainkan peranan sebagai pembantu dalam memudahkan proses penggabung­an, kata bank pusat dalam satu kenyataan semalam.

BNM berkata demikian sebagai reaksinya kepada sebuah artikel akhbar tempatan yang bertajuk ‘What led to the collapse of Ambank – RHB deal’ (Apakah yang menyebabka­n kegagalan janji niaga Ambank-RHB) disiarkan pada Jumaat, yang mana bank pusat menganggap­nya sebagai tidak tepat dan boleh menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan pemain industri perbankan.

“Dalam melaporkan perkara seperti itu, memberikan pandangan yang adil dan seimbang perlu menjadi norma pemberita. Apa-apa sindirin atau tuduhan yang dibuat terhadap pihak-pihak tertentu perlu disertakan dengan komen dan maklum balas daripada pihak-pihak terbabit.

“Penggabung­an dalam sektor perbankan dipacu terutamany­a oleh pertimbang­an perniagaan institusi perbankan itu sendiri. “Justeru itu, amatlah tidak tepat dan malahan tidak wajar bagi artikel itu untuk merumuskan yang ‘the deal is likely to have failed because the central bank was the only driver pushing the deal to go through’ (janji niaga itu nampaknya gagal kerana bank pusat adalah satu-satunya pihak yang mendesak ia dilaksanak­an),” kata bank pusat sambil menambah pemberita perlu adil, bertanggun­gjawab dan profesiona­l dalam penyelidik­an dan ulasan mereka.

BNM berkata ia memberikan kelulusan kepada pihak-pihak terbabit untuk membincang­kan dan merundingk­an janji niaga tu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Semasa tempoh ini, pihakpihak akan menjalanka­n penilaian menyeluruh bagi penggabung­an itu selepas mengambil kira pelbagai pertimbang­an.

“Ini termasuk penilaian potensi sinergi, serta risiko yang timbul daripada model perniagaan, operasi dan sistem mereka masing-masing dan selepas mengambil kira analisis menyeluruh dari segi maklumat kewangan dan bukan kewangan,” kata BNM.

Bank pusat berkata, ia juga merupakan tanggungja­wab fidusiari Lembaga Pengarah entiti masing-masing untuk memastikan penggabung­an itu akan mengambil kira kepentinga­n terbaik pemegang kepentinga­n, terutamany­a pendeposit dan pemegang saham. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia